Bersama Zamani dan rakan2 dari Letua berkayuh dari Hospital Orang Asli, Gombak ke Genting untuk melihat LTdL 2012.
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 26, 2012
Jamboree Basikal Gunung Trolak
Pagi ini ikut Hj Zamani ke Felda Trolak. Bertolak jam 430 pagi dari Kg. Salak. Mula berkayuh jam 0800 dan tamat sekitar 1230 bagi jarak 50km. Cukup memenatkan. Dapat no. 382, pencapaian yang paling merosot. Mungkin disebabkan masaalah basikal dan faktor umur. Gear belakang mengalami kehausan yang serius menyebabkan banyak gangguan semasa pendakian.

Hj Zamani bermula agak lewat kerana terlambat akibat kekeliruan tempat mula. Pun begitu beliau masih boleh mengejar dan berada di barisan hadapan (gambar disalin dari mukabuku).

LtdL 2012 Peringkat 2
Semalam kayuh bersama Maplay dari Salak ke Port Dickson untuk melihat LtdL peringkat 2 dari Putrajaya ke Melaka.

Minum sambil menunggu LTdL
Sunday, February 12, 2012
Cabaran Gunung Datuk/Rembau




Bersama Along (anak saudara) menyahut cabaran Gunung Datuk/Rembau/Gagak anjuran Persatuan Kembara Negara. Aku masuk kategori veteran 12km ke Puncak Rembau manakala Along kategori terbuka 16km ke Puncak Rembau dan Gagak. Aku hanya mampu buat 3jam 20min. Laluan agak curam lebih curam dari Angsi tetapi kurang curam berbanding Nuang.
Along dapat membuat catatan yang agak baik 2 jam 30 min. Pendakian gunung ini memberi kelebihan kepada orang kurus dan kecil. Walaupun orang Kenya cukup baik di jalan tetapi bila di bukit mereka juga agak lemah.
Thursday, February 9, 2012
Kayuhan Maulud

Awal minggu ini ada cuti maulud dan thaipusam. Minggu ni juga genap umur ku 56 tahun hijrah. Sudah lebih setengah abad. Adakah sebaya dengan umur kelapa di bawah. Dari 3 pokok, yang satu sudah tidak berdaun - sudah di penghujungnya. Yang dua lagi sudah jarang daunnya. Pokok kelapa boleh mencapai umur sehingga 90 tahun seperti manusia juga.


Subscribe to:
Posts (Atom)