

Mula renang 0751, tamat renang 0822. Pelepasan dibuat secara berperingkat. Dimulakan dengan 1000 (0735) diikuti setiap 5 min 2000+(0740), 3000+(0745) dan akhir sekali 4000+(0750). Aku dilepaskan bersama orang-orang tua (50+) dan wanita serta 'relay'. Nombor 4026. Tahun ini jarak renang sebenar agak pendek, sekitar 200m lebih pendek dari biasa kerana air laut surut.

Mula berkayuh, ambil masa 7 min pakai baju, seluar, stokin dan kasut.

Cuba kawal tenaga semasa kayuh. Banyak cucuk angin orang muda.

Tamat kayuh 0947. Walaupun dah cuba simpan tenaga masa renang dan kayuh, tapi bila lari entah kenapa aku cukup lemah, ada ketika kena jalan jugak, tak ada tenaga. Banyak tenaga digunakan untuk angkat dan hayun kaki.

Tamat jam 1103. Catatan masa penganjur ialah 3 jam 24 min (rasanya jam ini diset masa pelepasan pertama. Catatan masa aku ialah 3 jam 12 min. Pencapaian lebih baik dari ATM. Bagaiamanapun masa berlari terpaksa berjalan juga.