Bagaimanapun kemerdekaan sebenar ialah seperti maksud surah yaasin seperti berikut
[60]“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
Begitu mukaddimah kuliah subuh Ustaz Nursalam di surau al-madani pagi ini. Kita akan jadi merdeka jika kita tidak menyembah selain Allah. Kita jadi hamba Allah yang sebenar, bukan hamba kepada harta, pangkat, manusia, nafsu dan seumpamanya. Inilah yang dikatakan merdeka hakiki.
Burung helang jinak boleh dilihat dengan mudah di Pulau Lengkawi. Khabarnya nama langkawi mengambil sempena helang. Semuga helang tidak pupus di Langkawi.
Bergambar sama isteri sebelum perlumbaan.
Pulau Langkawi yang cantik. Tentu menarik jika boleh buat kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi.
Pelabuhan Telaga



Peta laluan acara rentas kebun (XC). Masa terbaik aku hanya dapat buat 1 jam 30 min bagi 3 pusingan (11.5km). Itupun pada pertengahan pusingan ke 3 telah dihalau keluar, kerana acara wanita terbuka akan dimulakan.
Peta laluan bagi acara hari ke 2 iaitu acara ketahanan/kecekalan (endurance race). Dalam acara ini peserta dikehendaki membuat kayuhan selama 6 jam. Aku agak sedih kerana tak dapat membuat kayuhan tahan lasak ini. Hanya sempat buat 2 jam 15 min untuk 4 pusingan (27km), kerana perlu balik awal untuk mendapatkan feri sebelum jam 7 ptg. Jika aku teruskan kayuhan sehingga jam 5 ptg tentunya tidak sempat untuk pulang. Tempat kayuhan cukup menarik - gabungan bukit dan pantai.
Komen negatif aku bagi penganjuran kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini ialah program berubah-ubah dari jadual asal. Untuk acara ketahanan ini jadual asal ialah jam 9 pagi tetapi diubah kepada jam 11 pagi. Yang kesihan ialah bagi acara wanita terbuka, yang didahulukan 2 jam lebih awal dari masa sebenar. Selain itu maklumat terkini tidak dikemaskini di laman sesawang menyebabkan kita kepenatan mencari jawapan. Ini bermula sejak hari pendaftaran. Aku terpaksa berkayuh ulang alik 2 kali untuk ke tempat pendaftaran. Waktu rehat 12-3 cukup lama bagi acara bertaraf antarabangsa. Wanita dan musafir tidak diwajibkan sembahyang jumaat.



