Allahumma salli'ala muhammad wa'ala ali muhammad.
Awal pagi berkayuh dari rumah ke Taman Warisan, Putrajaya. Kemudian kayuh bersama Ibrahim, Dr. K, Yazid dan rakan proton. Kayuhan melalui PICC, Limau Manis, Dewan Sri Endon, Shangrila. Kami berkayuh 2+ jam. Cuaca agak panas. Aku tertinggal jauh dan kepenatan terutama semasa pendakian. Limau Manis dan Shagrila ialah puncak -puncak tertinggi.
Peta kayuhan hari maulud. Degup jantung agak tinggi kerana mengejar kawan-kawan.
Ini basikal Dr. K, cukup ringan 2X lebih ringan dari basikalku. Kebanyakan bahan yang digunakan ialah bahan termaju daripada komposit karbon termasuklah kerangka, rim, gandar. Harga dikhabar RM35k.
Borak-borak dengan jiran-jiran sementara menunggu majlis akad nikah. Banyak cerita politik dan cerita-cerita kehidupan. Alhamdulillah jiran-jiran kami agak terbuka - ada penyokong UMNO, ada penyokong PKR, PAS tapi boleh duduk semeja. Bila agak hangat, tukar topik. Zaman sudah berubah, ada kes walau sudah bercerai tapi masih duduk serumah. Sebabnya ialah masaalah perkongsian harta. Rumah dibeli secara kongsi pinjaman. Kalau dulu masaalah ini tidak timbul kerana harta kebanyakan dimiliki lelaki (kecuali N9). Zaman sekarang harta dimiliki bersama. Kuasa lelaki agak terhad, nak kahwin lebih pun dah susah. Kesian jugalah pada kaum hawa yang ramai tak dapat kahwin.
Ahad - Ibrahim ajak kayuh UKM-Bangi-Semenyih-LEKAS-Mantin-Beranang-Jalan 6'-Bangi-UKM. Ada juga ajakan kayuh basikal gunung di Sg Long tapi ajakan ini agak lewat. Layan siapa yang dulu. Peserta pagi ini ialah Ibrahim, Rashin, Nizam, Yazid, Zairi, Shakri, Manciocc, Cik gu dan kawannya, Won serta Hj Zamani.
Berhenti rehat di RnR Mantin, Lebuhraya Lekas.
Tempat kencing lelaki RnR Mantin agak lain dari yang biasa. Ada pili untuk buka/tutup siraman air.
Berhenti minum di pekan Mantin
Kayuhan pulang melalui jalan lama (Mantin-Beranang). Jarak kayuhan hari ini ialah 70km dengan kelajuan purata 28km/jam. Penat nak mengejar Hj Zamani.
Awal pagi berkayuh dari rumah ke Taman Warisan, Putrajaya. Kemudian kayuh bersama Ibrahim, Dr. K, Yazid dan rakan proton. Kayuhan melalui PICC, Limau Manis, Dewan Sri Endon, Shangrila. Kami berkayuh 2+ jam. Cuaca agak panas. Aku tertinggal jauh dan kepenatan terutama semasa pendakian. Limau Manis dan Shagrila ialah puncak -puncak tertinggi.

Hari ini juga genap umurku 54 tahun hijrah=52 tahun 4 bulan masihi.
Sabtu- joging di komplek sukan Bangi. Tak dapat kayuh kerana ada gotong royong kenduri kahwin jiran belakang rumah.