Monday, November 7, 2011

Kayuhan Kurban

Raya haji tahun ni tak ke mana-mana kecuali di Bangi dan sekitarnya. Raya pertama melawat besan di Kelawang dan adik di Sg Ramal. Raya ke 2 kayuh masuk hutan Sg Pening bersama MKA dan rakan-rakan dari Kajang.Puncak Bukit Botak yang banyak terhakis akibat penggunaan racun rumpai yang berleluasa

MKA membuat kayuhan terakhir sebelum tiba di puncak. Granit hancur yang digunakan untuk menutupi jalan bagi mengurangkan hakisan menyusahkan kayuhan.


Profail kayuhan di Bukit Botak (300m dari aras laut), 20km jalan + 30km off-road.
Kayuhan sebelum raya di ladang sawit belakang UKM bersama Arue dan rakan-rakan Bangi
Jumaat malam sabtu (2 hari sebelum raya) cadang nak berenang di Presint 6 tapi terlupa bawa seluar renang, lalu berjalan sekitar tasik dan ambil gambar guna Samsung Galaxy SII, boleh tahan juga gambarnya walau sedikit goyang.

No comments: