Showing posts with label bekam. Show all posts
Showing posts with label bekam. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

Bekam Overhaul

Alhamdulillah petang tadi selesai berbekam selepas kira-kira 5 bulan. Paling banyak titik bekam kali ini. Lebih 20 titik. Belakang badan, kepala, punggung, paha dan dada.

Friday, July 17, 2015

Selamat Hariraya Maaf Zahir Bathin

Kayuhan keliling Tasik Putrajaya


1 syawwal 1436
Malam raya
 Masjid Bandar Baru Salak Tinggi

Berbekam pada 27 ramadhan

Sunday, January 18, 2015

Berbekam di Johor

Kebetulan ada kerja di Johor dan cukup masa 6 bulan untuk bekam, maka aku pun berbekam di Great life pyhsio and innovation pada 14/1/15. Tekniknya agak berbeza dari tempat lain iaitu menggunakan titik-titik urutan sebagai titik-titik bekam. Aku rasa macam kurang ngam dengan badan ku.

Sunday, July 6, 2014

Bekam pulihkan demam

Kali ini aku awalkan sedikit rutin berbekam bagi tujuan memulihkan demam yang agak berpanjangan. Demam yang berulang selepas seminggu dibimbangi ianya dengue. Khabarnya bekam dapat memulihkan darah merah yang rosak akibat virus. Nabi saw dikatakan berbekam selepas termakan daging beracun.
Jadi pada hari rabu malam khamis (5 ramadhan) aku pun berbekam di tempat baru, 15, Jalan 1/4A, Bandar Baru Bangi 011-21282023.Lain pembekam lain pula titik-titik bekamnya.
Alhamdulillah demam dan lenguh-lenguh badan hilang, cuma batuk masih belum pulih sepenuhnya.

Tuesday, February 4, 2014

Latihan Xterramy dan Bekam

Sebagai persediaan bagi menyertai exterramy ahad nanti maka latihan telah bermula sabtu lepas. Hari ini sengaja mengambil cuti untuk latihan dan berbekam.


Titik-titik bekam bagi rawatan paru-paru, jantung, hati dan pinggang



Thursday, September 26, 2013

Bekam 20 Zulkaedah 1434

Selepas kira-kira 6 bulan aku berbekam lagi. Buat dengan En. Musa di Presint 9, Putrajaya.


















Hari Pertama















Hari ke 3 - masih ada sedikit lebam
















Hari ke 7- Kesan bekan sudah tiada

Hari ke 9 - Tiada apa-apa kesan, parut, dll.

Thursday, March 7, 2013

Berbekam lagi...

Setelah lebih 6 bulan aku berbekam lagi pada ahad lepas 3 Mac di Darul Irsyad, seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi. Ini sebagai usaha untuk menjauhkan penyakit-penyakit berat yang mungkin tidak tertanggung oleh diriku. Ya Allah jauhilah aku dari segala dugaan dan ujian yang berat. "Berilah kami kebahagian di dunia dan akhirat dan jauhilah dari azab api neraka".

Sunday, August 5, 2012

Bekam di Salak Tinggi

Alhamdulillah setelah hamir 8 bulan, semalam buat bekam di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi. Perancangannya nak buat setiap 6 bulan, tapi kali ini agak lewat.

Monday, December 12, 2011

Bekam 4

Hari ini buat lagi bekam bagi menggenapkan 3X bekam selang setiap 1-3 bulan sebelum ini. Setelah buat kali ke 3, darah masih hitam tapi lendir yang sedikit dan lebih cair. Darah disedut 2x sahaja kali ini berbanding sebelum ini 3X. Sebagai langkah pencegahan rasanya bekam di kepala ini mungkin akan dibuat setiap 3-6 bulan. Tukang bekam cakap setiap bulan pun tak apa kerana sedikit darah sahaja dikeluarkan.
Selain itu aku bercadang untuk berurut seluruh badan kerana urat belakang lutut agak tegang apabila berlari terutama ketika mendaki.

Sunday, September 18, 2011

Bekam 3

Petang ni (20 syawwal) pergi bekam lagi kat kepala atas nasihat tukang bekam agar dibuat 3 X selang 1-2 bulan kerana darah di kepala agak pekat. Kali ini 3X kali sedutan menggunakan alat bekam saiz kecil. Masih ada sedikit darah pekat ketika sedutan kedua.

Thursday, August 11, 2011

Bekam 2

Pagi ini (11 ramadhan 1432) pergi berbekam di Darul Irsyad, Section 4, Bandar Baru Bangi. Terasa lega sikit. Harap-harap tekanan darah boleh turun dan vertigo boleh sembuh, insyaAllah.
Tahun lepas (22 Rejab 1431) aku berbekam. Rancang nak berbekam sekali setahun tapi agak terlewat sebulan lebih. Antara sebabnya pusat bekam di Kajang prima tutup/pindah. Tapi nak berbekam sekarang dah mudah. Di Bandar Baru Bangi ada sekuarng2nya 2 tempat, section 4 dan 4 tambahan. Jika badan sehat bekam dinasihatkan setiap 6 bulan atau setahun. Jika kurang sehat (angin dan banyak toksik), buat 3 kali berturut setiap bulan atau 2 bulan.

Monday, July 5, 2010

Bekam

Hadis Ibnu Buhainah r.a:
Nabi s.a.w pernah berbekam di bahagian tengah kepala ketika baginda berada di sebuah tempat untuk menuju ke Kota Mekah, baginda dalam keadaan berihram
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2088

Hadis Anas bin Malik r.a:
Anas bin Malik r.a pernah ditanya tentang hasil berbekam, maka beliau berkata: Rasulullah s.a.w pernah berbekam dan yang membekam baginda adalah Abu Taibah. Baginda memerintahkan agar Abu Taibah diberi dua gantang makanan dan memberitahu kepada keluarganya, bahawa mereka membebaskan pajaknya. Kemudian baginda bersabda: Sebaik-baik perubatan yang kamu guna untuk berubat adalah berbekam atau berbekam adalah ubat yang paling baik bagimu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2952

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Aasim bin Umar Ibnu Qatadah katanya: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah menjenguk Al-Muqanna' yang sedang sakit kepala, kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di samping berbekam itu ada pengubatnya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4085

Semua hadis sahih muslim di atas dipetik dari http://www.al-islam.com/mal/

Hasil dari cerita rakan-rakan, aku terfikir juga untuk mencuba berbekam. Cerita bekam ni dah lama, cuma aku agak takut untuk mencubanya. Oleh kerana aku asyik rasa berat kepala bila bangun tidur walaupun telah cukup bersenam, maka aku ingin mencuba perubatan berbekam.Peta lokasi Pusat Rawatan Bekam al-Yakin di Taman Prima Saujana, Kajang.
3 hari selepas berbekam

Selepas 5 hari.