Showing posts with label Gunung Tebu. Show all posts
Showing posts with label Gunung Tebu. Show all posts

Monday, June 8, 2009

Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah, kami sekeluarga balik kampung (9-13 J'akhir). Rabu petang (9 J'akhir)kami bertolak ke Kelantan melalui Gua Musang. Perjalanan agak lancar dari Bangi hingga Lipis. Selepas tu jalan mulai sesak sehinggalah ke Machang. Tak sangka ingatkan bila dah malam tak adalah banyak kenderaan di jalan. Jalan Lipis hingga ke Kelantan memerlukan pelebaran segera. Begitu juga kemudahan pengangkutan awam lain seperti keretapi perlu penambahbaikan agar sesuai dengan keperluan semasa.

Khamis pagi kami sempat mendaki 75% Gunung Tebu di Jertih. Kali ini ramai saudara mara yang ingin ikut serta.
Bergambar bersama adik2 ipar dan anak-anak saudara. Mereka agak teruja dengan pendakian. Bagaimanapun sebahagian agak kecewa kerana tak dapat tiba di puncak. Kami perlu turun awal kerana ada yang ingin pulang cepat kerana ada urusan.
Langit terang dengan sedikit awan menyebabkan suasana agak melekit dan cepat berpeluh.
Meredah denai berpandukan GPS.


Denai ke Gunung Tebu sejauh 7km. Kami sempat tiba di km 4.6 kira-kira pukul 11 pagi dan kemudian berpatah balik.
Berendam di kaki bukit (Lata Belatan) cukup menenangkan.
Air yang jernih bersih lagi suci tidak memedihkan mata
Terjunan boleh dibuat pada lubuk dengan kedalaman kira-kira 2m.
Semua puas dan seronok bermain air yang jernih bersih, di kaki Gunung Tebu. Kita harapkan kebersihan sungai ini terus dijaga. Masih ramai yang tidak menghargai kebersihan yang ada.



Seterusnya lepas solat jumaat kami bertolak pula ke Kangar. Pemandangan di puncak Titiwangsa cukup menarik. Lebuhraya Timur-Barat pun tidak setenang dulu, sudah sibuk dengan kenderaan.
Kali ini aku tak bawa balik basikal, jadi tak dapatlah nak jelajah Kangar. Cuma sempat berenang di kolam renang awam sebelah stadium dan mandi di Bukit Ayer. Sungai-sungai tiada yang secantik di Kelantan atau Terengganu. Airnya cetek dan keruh. Seperti di Kelantan cuaca terutama tengahari cukup panas. Pemandangan ladang tebu di Chuping seumpama ladang di Australia. Berkayuh di sini tentunya cukup mencabar.

Monday, March 23, 2009

Gunung Tebu

Khamis 19/3 aku bercuti balik kampung untuk menghadiri kenduri aqiqah menyambut kelahiran anak saudara. Tiba di kampung, jiran depan rumah ayah pula jemput makan kenduri kahwin anaknya.
Lepas sembahyang jumaat, majlis cukur jambul dijalankan, diikuti dengan selawat ke atas Nabi saw. Lebih dua hari berturut-turut makan daging dan kambing. Di Kelantan bulan Rabiul awal (juga dikenali bulan Maulud), kenduri dan program selawat cukup meriah.

Sabtu 21/3 aku berkesempatan mendaki sebahagian jejak ke Gunung Tebu, Lata Belatan, Jabi. Yang menariknya sungai Lata Belatan ni cukup jernih airnya hingga nampak ke dasar. Di tempat yang agak dalam, airnya kelihatan berwarna kehijauan. Airnya sejuk dan menyegarkan. Selain itu dalam hutan akan kedengaran riuh sekali bunyi riang2, iaitu binatang yang sama terdapat di pulau Manukan, Sabah. Mungkin kehadiran binatang ini ada kaitan dengan pencemaran. Di kawasan yang agak tercemar seperti gunung Nuang, Angsi bunyi ini tiada kedengaran. Aku bersama adik ipar dan anak2 saudara hanya sempat mendaki sehingga 3.5km sahaja. Untuk sampai ke puncak perlu mendaki sejauh 7km.
Adik ipar Nik Khairul dan anak Nik Najmi dan Nik Naim. Tak boleh lama-lama kerana Najmi kena masuk asrama petangnya.
Banyak pokok-pokok balak di sini.

Hanya sampai di sini saja kami sempat sampai. Ada 4.5km lagi untuk ke puncak. InsyaAllah lain kali kami datang lagi.
Laluan jejak di sini, bersih, kering berpasir dan tak ada pacat.

Air sungai yang cukup jernih.



Jeram di sini ada tempat yang bahaya untuk mandi. Khabar 2 budak telah mati lemas di sini tersangkut dalam terowong air bawah batu. Kena-kena hati, pihak Renjer ada meletakkan tanda amaran larangan mandi.
Profail mendaki dan menurun sebahagian gunung tebu.
Peta ke Gunung Tebu yang berhampiran pekan Jabi.
Pagi Ahad 22/3 sebelum bertolak ke Kuala Terengganu aku sempat berkayuh ke Jeram Linang melalui jalan kampung dan batas taliair. Basikal cukup baik untuk mengembara seluruh pelusok kampung, asalkan ada masa.