Showing posts with label latihan fizikal. Show all posts
Showing posts with label latihan fizikal. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Latihan untuk LIMBC2011-akhir

Latihan ringan sebelum ke Langkawi. Joging sekitar Pusat Maritim selama 30min, basikal di Taman Cabaran 60min dan renang di presint 6, 30min.
Inilah basikal lama yang akan digunakan untuk LIMBC2011. Baru tukar 'group set XT' dan tayar Kenda litepro 1.75" (390g).

Saturday, October 8, 2011

Latihan untuk LIMBC2011-2

Kayuhan hari ahad. Kayuh ke Taman Cabaran melalui Kg. Limau Manis. Singgah berenang (30 min) di Presint 6. Jumalah kayuhan 190min = 43km.
Latihan persediaan ini telah bermula sejak lepas raya. Hari biasa latihan dibuat secara kayuhan pergi-balik pejabat. Manakala latihan 'endurance' dibuat setiap hari Sabtu dan 'interval' dibuat setiap hari ahad. Berikut ialah kayuhan 'endurance' yang dilakukan hari ini. Walaupun banyak berhenti harap-harap masa yang dibuat dapat dilaksanakan di hari pertama LIMBC iaitu kayuhan 60km keliling Langkawi dalam tempuh 4 jam.
Adakah latihan intensif kira-kira 1.5 bulan mencukupi atau tidak hanya dapat diketahui selepas LIMBC nanti.

Saturday, October 1, 2011

Latihan untuk LIMBC2011

Hari ini buat kayuhan dari rumah ke Taman Cabaran, Putrajaya. Buat 3 pusingan (2 jam). Kayuh pergi-balik 2 jam. Penat juga, rasanya tak bermaya nak kayuh balik rumah. Bagaimanapun semangat mau kuat.

Minggu lepas buat 2 pusingan. Cukup penat. Tapi hari ini rasa ada sedikit kekuatan. Besuk insyaAllah buat kayuhan ringan ke kolam presint 6. Kayuh + renang.

Thursday, January 21, 2010

Latihan 'interval' dan 'endurance'

Latihan berbentuk 'interval' diperlukan untuk membiasakan jantung dan otot dengan 'stress' yang maksimum. Latihan begini disyorkan sekali seminggu oleh kebanyakan atlet.

Latihan berbentuk 'endurance' dibuat untuk ketahanan. Degupan jantung dikekalkan pada julat yang selesa untuk tempoh yang lama.

Melalui kedua-dua kaedah latihan ini kelajuan boleh meningkat walau pada degupan jantung yang rendah.

Sunday, May 24, 2009

UKM-Port Dickson

Ahad 29 Jamadil Awal - Kayuh basikal jalan bersama Ibrahim (Serdang), Zack (Kajang) dan Won (Cyberjaya). Mula kayuh jam 0730 dari UKM melalui Jenderam, Salak Tinggi, Bukit Pelandok. Ibrahim dan Zack membuat henjutan di Bukit Pelanduk meninggalkan aku agak jauh di belakang. Dapat kejar semula di Lukut. Tiba di pekan PD (Jeti PD-Dumai) sekitar jam 1000. Makan nasi lemak, lontong dan mee hoon pilihan masing-masing. Semuanya berlemak apa nak buat tak ada pilihan lain. Bagaimanapun aku rasa lemak dapat meneutralkan asid dalam perut. Harap-harap ia tidak meningkatkan paras kolestrol yang tidak diperlukan. Tahun ni aku kena periksa balik paras kolestrol dalam badanku. Maklumlah dah berumur ni bimbang juga dengan paras kolestrol.
Dari kanan, Ibrahim, Zack dan Won bergambar depan jeti PD-Dumai. Mungkin satu hari boleh berbasikal di Indonesia.
Jalan lama ke PD agak sibuk juga.

Sekitar jam 1030 kami bertolak pulang. Alhamdlillah semuanya selamat. Aku tiba di rumah jam 1300. Tempuh kayuhan pagi ini ialah 4 jam 50 min dengan kelajuan purata 26km/jam untuk jarak 127km.

Jumlah jam latihan jasmani bulan Jamadil awal ialah 41.5jam, purata 1.3jam sehari.

Sunday, March 29, 2009

Latihan bulan R'awal

Masih mengekalkan latihan fizikal purata 1 jam sehari.