Showing posts with label Kangar. Show all posts
Showing posts with label Kangar. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Joging di Kg Salang


Alhamdulillah setelah 2 hari demam, hari ini dapat mula joging ringan sekitar Kg Salang.

Saturday, April 3, 2010

Denai Basikal Gunung Jitra

Sabtu 3 April - Sebelum balik ke Bangi, aku sempat berkayuh semula sebahagian RUN10 atas undangan Ari dan kumpulan Perlis Power
Menyambung semula rantai basikal Ari yang putus ketika mendaki. Dalam kebanyakan kes, kejadian putus rantai ni berlaku semasa pendakian. Sebabnya mungkin kebanyakan pengayuh terlupa menukar gear lebih awal. Bila gear ditukar ketika pendakian, biasanya rantai boleh tertuil lalu putus.
Berehat seketika di puncak Bukit Botak.

Dari arah selatan kelihatan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (kanan).
Dari arak utara sayup kelihatan pekan Dan Nok, Thailand (kurang jelas sebelah kanan).
Lagi gambar boleh di lihat di blog Perlis Power .

Jumaat 2 April, aku berpeluang berkayuh basikal gunung bersama kumpulan Jitra. Cuma masa agak pendek, kami berkayuh sebelah petang bermula jam 4 ptg.
Ron (kanan) rakan basikal gunung dari Perlis yang ku kenali semasa berkayuh ke Satun beberapa tahun lalu. Beliau mengajak mencuba denai di Jitra. Ron merupakan kaki kayuh. Beliau sering berkayuh ke Siam. Bulan disember nanti beliau bercadang untuk kayuh ke Chiang Mai selama 14 hari. Teringin juga aku nak ikut tapi cuti lama mungkin susah bagiku waktu ini.
Beberapa ketika selepas kayuh, hujan turun dengan agak lebat. Kami basah kuyup.
Pemandangan pun kurang jelas, cuaca gelap.
Denai yang diikuti ialah campuran atas jalan dan luar jalan. Tidak teknikal tapi melalui bukit-bukit yang agak mencabar.
Melalui jalan raya.
Ada denai luar jalan yang melalui bukit yang tak sempat kami lalui. Denai ini ialah denai jambori Kedah tempoh hari.

Wednesday, March 24, 2010

Kayuhan Sawah Padi

Semasa cuti sekolah lepas aku sempat berkayuh di kawasan sawah padi sekitar Santan dan Chuping, Perlis.
Menyusuri batas tali air

Menghampiri jalan keretapi di Chuping

Melintasi jalan keretapi. Tiada pagar, tapi ada tanda amaran. Kehadiran keretapi boleh didengar. Perkembangan sistem pengangkutan keretapi agak perlahan di negara kita. Masih laluan tunggal sejak 50 tahun lalu.

Sawah luas terbentang sayup mata memandang, cukup cantik dengan bukit batu kapur.

Padi baru dituai

Bangau berkumpul di kawasan berair untuk menangkap ikan.

Permainan wau selepas musim menuai di musim panas ini masih lagi popular

Yang tua mengawal wau, yang muda menjadi penonton. Entah apa seronoknya berpanas, tapi dulu pun aku begini juga dan kadang2 membiarkan wau terbang di udara hingga ke malam.

Sunday, March 14, 2010

RUN10


Ride up North (RUN10) telah berlangsung pagi ini. Alhamdulillah aku selamat menghabiskan cabaran ini, 46km jauhnya dalam tempoh 3 jam 20 min. Kebanyakan laluan adalah lebar dan beralun merentasi kebun getah. Bukit tidaklah begitu tinggi tetapi agak curam, sebahagiannya kena guna teknik MTB (mari tolak basikal). Tiga bukit utama perlu dilepasi. 1452 telah mendaftar. 700 peserta pertama yang menamatkan kayuhan akan diberi medal. Bayar RM50 dan pulangannya satu jersey, 100+, air Suntonic, pisang dan yang paling penting ialah keseronokan kayuh beramai-ramai dan berkenalan.

Kayuhan dimulakan pada jalan raya dan laluan lebar. Bila tiba di laluan sempit peserta sudah agak terpisah. Makanan dan minuman yang disediakan semuanya lebih dari mencukupi. Tahniah kepada penganjur!!!

Laluan kebun getah muda bersebelahan ladang tebu.

MTB = Mari tolak basikal

MTB = Mari tolak basikal

Peserta semakin terpisah jauh apabila lebih separuh perjalanan.

Aku pun semakin keletihan, semakin jauh ditinggalkan.

Tamat juga akhirnya dengan semua 'check point' dilepasi.



Satu idea kreatif penganjur memberikan medal siap dengan kedudukan.

Thursday, February 19, 2009

Kayuhan Kangar-Satun

Besuk 24 Safar aku balik rumah isteri di Kangar bagi menemani anak untuk temuduga PTD. InsyaAllah kalau tak ada apa aral nak kayuh ikut Perlis Power MTB club yang akan berkayuh dari Kangar ke Satun, Thailand pada hari Sabtu 25 Safar.
Peta dan profail laluan Kangar-Satun


Kumpulan Perlis Power siap sedia untuk berkayuh ke Satun. Ketua rombongan Ari (kanan sekali) membekalkan setiap peserta dengan sebotol air cap badak, powergel dan power root madu kurma. Semuanya 13 orang. 11 orang berkayuh ke Satun, Tamalang dan menaiki perahu ke Kuala Perlis. Jumlah jarak kayuhan 100km. Rohani dan Zul berpatah balik dengan berkayuh melalui jalan yang sama menjadikan jumlah jarak kayuhan 175km.

Berihat di puncak bukit Wang Kelian sambil menunggu rakan-rakan lain.

Pasar Wang Kelian
Melepasi imigresen Malaysia untuk memasuki Siam.
Berihat seketika tak jauh dari Satun sambil menunggu rakan-rakan lain di persimpangan jalan.
Cucuk angin belakang En. Zul yang kuat. Zul ialah bekas atlet lumba basikal yang pernah menyertai Jelajah Malaysia.
Entah macam mana boleh jadi gambar begini.
Masjid di Pekan Satun
Fazli pelajar Unimap begitu penat setelah kira-kira 70km berkayuh. Pahanya krem beberapa kali -maklumlah masih baru.
Nik Ahmad Kamil dan Ari (berkayuh).
Aku, Ari, Nik dan Fazli tiba di Pelabuhan Tammalang kira-kira jam 4 ptg. Yang lain telah tersalah jalan dan tiba 1 jam kemudian.
Aku dan Nik bergambar bersama taukeh restoran (juga peminat basikal gunung) di jeti Tammalang.
Elywn tiba di Tammalang menuju ke jeti. Aman, tiada lagi perang tapi kasih sayang.
Menaiki bot pulang ke Kuala Perlis. Kami tiba di Kuala Perlis kira-kira jam 6 ptg dalam hujan yang menyegarkan.
Terima kasih kepada Perlis Power kerana sedia menerima saya ikut serta.