Khamis pagi kami sempat mendaki 75% Gunung Tebu di Jertih. Kali ini ramai saudara mara yang ingin ikut serta.
Bergambar bersama adik2 ipar dan anak-anak saudara. Mereka agak teruja dengan pendakian. Bagaimanapun sebahagian agak kecewa kerana tak dapat tiba di puncak. Kami perlu turun awal kerana ada yang ingin pulang cepat kerana ada urusan.
Langit terang dengan sedikit awan menyebabkan suasana agak melekit dan cepat berpeluh.
Meredah denai berpandukan GPS.
Denai ke Gunung Tebu sejauh 7km. Kami sempat tiba di km 4.6 kira-kira pukul 11 pagi dan kemudian berpatah balik.
Berendam di kaki bukit (Lata Belatan) cukup menenangkan.
Kali ini aku tak bawa balik basikal, jadi tak dapatlah nak jelajah Kangar. Cuma sempat berenang di kolam renang awam sebelah stadium dan mandi di Bukit Ayer. Sungai-sungai tiada yang secantik di Kelantan atau Terengganu. Airnya cetek dan keruh. Seperti di Kelantan cuaca terutama tengahari cukup panas. Pemandangan ladang tebu di Chuping seumpama ladang di Australia. Berkayuh di sini tentunya cukup mencabar.
Air yang jernih bersih lagi suci tidak memedihkan mata
Terjunan boleh dibuat pada lubuk dengan kedalaman kira-kira 2m.
Semua puas dan seronok bermain air yang jernih bersih, di kaki Gunung Tebu. Kita harapkan kebersihan sungai ini terus dijaga. Masih ramai yang tidak menghargai kebersihan yang ada.
Seterusnya lepas solat jumaat kami bertolak pula ke Kangar. Pemandangan di puncak Titiwangsa cukup menarik. Lebuhraya Timur-Barat pun tidak setenang dulu, sudah sibuk dengan kenderaan.
4 comments:
bagus pos kali ni...siap ada gambar menyelam...pakai camera apa tu...??
Salam Ari,
Tu kamera Olympus uTough 8000. Boleh masuk dalam air sehingga kedalaman 10m.
Salam Doc,
Memang betul kalau kita berkayuh dijalan Ladang Tebu Chuping memang best,sebab permukaan jalan dia bersimen,sebab saya baru aja berkayuh dari Yan keWang Kelian melalui Ladang Tebu Chuping..suatu hari nanti aper kata kita buat kayuhan kesana nak tak?
Salam Ibrahim,
Sayup mata memandang ladang tebu chuping tu. Nak ke sana? Tenguklah kalau ada rezeki. Mungkin boleh aturkan kayuhan bersama orang Perlis.
Post a Comment