Sunday, November 13, 2011

Letua XXX


Basikal jalan dilepaskan terlebih dahulu dan diikuti basikal gunung.
Kayuhan bermula di atas jalan tar dengan kelajuan mencapai 40km/jam.
Kayuhan diperlahankan bila melalui jalan tanah berbatu kerikil. Pertama kali mengikuti kayuhan sebegini, menggunakan basikal jalan untuk berkayuh di luar jalan. Agak bimbang juga di permulaan. Bimbang tayar bocor kerana terpaksa meredah batu kerikil hancur yang tajam (Gambar ehsan Madee Rahman).
Laluan adalah rata gabungan jalan tar dan tanah merah menyusuri batas tali air sejauh 80km. Kayuhan atas tanah berpasir memenatkan. Ambil masa 3 jam untuk menghabiskan kayuhan.
Terima kasih kepada Hj Zamani kerana menumpangkan dan belanja makan serta penginapan.

No comments: