Monday, July 5, 2010

Bukit Broga dan kisah silam


Ahad - mendaki Bukit Broga, ikut laluan baru semasa menurun. Oleh kerana belum puas bersenam maka sebelah petang berenang di Presint 6 setelah melawat rumah sewa anak (Sakinah dan Fairuz) di MMU.

Sabtu - kayuh basikal gunung ke Putrajaya dalam hujan renyai. Tengahari ke IKEA mencari almari baju, seterusnya melawat sepupu sakit di HUKM.Dari kanan abang Pa, abang War (sepupu), kak Smat dan aku di depan. Gambar ini mungkin diambil pada tahun 1958. Abang War (Datuk Prof. Dr. Nik Anuar) sedang dirawat di HUKM. Mudah-mudahan beliau cepat sembuh. Banyak kisah silam masa kanak-kanak bersamanya. Lumba basikal, aku ditinggalkan hingga terlanggar pokok kat kubur. Menggali cacing, berenang/menyelam di anak sungai. Tengok cerita cowboy di Panggung Rama dan Pattani. Cerita-cerita hantu. Aku cuba mengilat tak nak singgah semasa melalui rumahnya, tapi dipanggil.Dari kanan arwah mak nab, arwah mek, kak lah, kak nah dan ayah (yang kanak2 tu tak pasti siapa)
Gambar kelas Sekolah Kebangsaan Kg Raja (sekitar tahun 60an). Aku di kanan sekali.

2 comments:

akudanbasikal said...

rasanya nak daki gak bukit broga.. dengar kata best...

abuomar said...

datang je lah. ramai orang termasuk awek2 cun. tempatnya ialah sebelah Nottingham University kira2 1km sebelum pekan Broga. kalau tengok banyak kereta parkir tepi jalan sebelah pagi hari minggu tu lah dia tempat mula.