Semalam kami sekeluarga berpagi-pagi di FRIM menyertai 'Jacobs walk of life'. Ramai juga yang menyertainya, sekitar 8000 yang mendaftar. Kami berjalan kira-kira 40 min untuk acara ini. Bagaimanapun perjalanan sebenarnya lebih dari itu, kerana kereta terpaksa diletak di luar FRIM dan kenalah berjalan masuk dan keluar ke tempat mula/tamat. Keseluruhannya lebih 1 jam jugalah berjalan. Apa yang dapat? T-shirt, biskut, buah kiwi, susu Anlene dan sijil penyertaan.
Bergambar bersama FBI. Sebenarnya mereka ni seronok dapat jumpa artis. Farah Fauzana tak sempat jumpa.
No comments:
Post a Comment