Thursday, November 5, 2009

Gadget Latihan

Sdr Ridwan bertanyakan gadget yang aku gunakan semasa latihan. Aku telah beli 2 peralatan GPS untuk tujuan latihan. Yang pertama model Garmin 60CSx yang biasa digunakan untuk berkayuh basikal gunung semasa memasuki hutan sebagai panduan arah tuju dan profail ketinggian. Selain itu aku gunakan juga mendaki gunung seperti Nuang, Angsi, Datuk, hutan Janda baik dll. Juga aku pernah gunakan semasa mengembara di UK, Sepanyol, Bali, Jakarta, Bandung, Selatan Thai. Ianya cukup berguna dan seronok menggunakannya.
Contoh jejak Sg. Pusu, Gombak yang direkodkan dengan CSx60. Sg Pusu antara jejak yang panjang. Sg Pusu ialah jejak yang cukup panjang yang boleh sampai ke Kemensah dan seterusnya ke Sg Congkak. Aku pernah buat cubaan dari Sg Congkak ke Kemensah tapi hanya mampu separuh jalan saja, terlalu banyak pacat dan kebanyakan jejak hampir tertutup dengan semak dan jarang dipakai sekalipun orang asli. Begitu juga pernah ku cuba dari Kemensah menghala ke Congkak. Itu pun separuh jalan. Pacat besar berjalur hijau tidak mampu aku meredahnya. Takut pun ada.
Yang terbaru aku beli jam Garmin Forrunner 405 (https://buy.garmin.com/shop/shop.do?cID=142&pID=11039 ). Ianya boleh digunakan untuk latihan kayuh dan joging. Dilengkapi dengan monitor degup jantung, ianya dapat mengawal rentak larian atau kayuhan.
Data dari jam Garmin ini boleh dipindahkan ke dalam komputer. Gambar menunjukkan peta laluan (atas), tarikh (kiri), degup jantung, ketinggian, dll (bawah).

13 comments:

Long Mie said...

salaam,

Minat sangat dgn Gadget ni .. kalau ke Perlis boleh join kami kayuh sekali. Terima kasih kerana link kan site kami Perlis MTB, cuma mohon ubah url ke http://perlismtb.com
Wassalam

Ridwan said...

Terima kasih Doc atas maklumatnya. Dalam sport/training, disamping riang-ria melepas stress, perlu jaga aktiviti jantung kita supaya tidak over-training . Dalam dunia sukan, ada yg dinamakan "zona aerobik", iaitu [80% x (200 - Umur)] degup jantung/menit. Jika melebihi kadar tsb, boleh berada pd tahap bahaya kpd jantung kita..iaitu boleh mengakibatkan serangan jantung.

Diket said...

Bro,

Penggunaan GPS yg mantap dan berinformatif. Dulu2 ada kami kayuh dari Sg Pusu ke Kemensah. Memang mencabar. Ada attempt dari Kemensah ke Sg Congkak tapi tak berjaya. Betul, pacat macam color & gigitan yg lebih sakit kami rasa.

abuomar said...

Long Mie,
Terima kasih atas pelawaan. Dulu sy pernah kayuh ke Thai ngan Perlis MTB. InsyaAllah ada rezeki saya akan ikut.
Ridwan,
Betul tu 80% kira maksimum. Kalau lebih dari itu, bagi saya akan terasa tegang seluruh urat saraf belakang/belikat dan tak boleh bertahan lama. Yang penting juga 'listen to your body'
Diket,
Hutan belantara kita memang cukup mencabar. Tak dapat bayangkan jadi askar. Memang aku tabik mereka.

johar said...

Tuan
Minggu depan 14/11 sya ada jemputan kawin anak Hj Subari/Hjh Samsiah jiran tuan.Rumah TN sebelah mana
Tn bila nak buat kenduri kahwin anak
TK

abuomar said...

En. Johar,
Rumah saya lorong sebelah rumahnya iaitu 22, jalan 3/4c. jemputlah singgah rumah lepas kenduri tu. saya akan ke kenduri tghari. pagi sempat lagi kayuh sekitar bangi.

Ridwan said...

Salam Doc, 14Nov ada cadang cycling ke mana? Bole saya joint? Kalau boleh nak meredah kebun sawit belakang rumah shg bukit terdekat.

abu haniff said...

berapa rega jam tu bang??

abuomar said...

rege beli 1.6k. skrg mungkin dah murah.

Zam said...

Salam
Macamana cara nak download topography map?
Baru beli ni..tak reti lg nak guna

abuomar said...

Zam,
peta boleh download dari http://www.malfreemaps.com/ jika guna TC. Jika guna http://connect.garmin.com/ peta sudah sedia ada. dah register ngan garmin?

Zam said...

Salam
Dah register dgn Garmin..and try to download semalaman..
Still x bleh rasanya..ada FB?
Kalau tak keberatan...

abuomar said...

apa model garmin sdr? FB saya Mohamadpauzi Ismail