Sunday, November 8, 2009

Cabaran M2M2009-Gunung Bujang

Ahad 20 Zulkaedah: Alhamdulillah hari ini aku telah berjaya menamatkan cabaran M2M 2009 di Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak. Jumlah jarak perjalanan ialah 21km. Halaju perjalanan 3km/jam, tempuh 7 jam 35 min (pergi-balik). Degup jantung 130-140. 2.5 jam pertama aku mengekalkan degup 130-140, tapi kemudiannya semakin letih dan malas dan inginkan rehat (degup 100). Semasa menurun kebanyakan degup 120 sahaja. Garmin forruner 405 hanya sempat merekod data sehingga 6 jam sahaja. Kuasa bateri pada paras 80% semasa awal permulaan tidak cukup untuk tempoh aktiviti - mungkin jika dicas penuh ianya mencapai tempoh 8 jam.
Peserta cabaran ini dikategorikan kepada lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki dan wanita IPTA/IPTS, lelaki dan wanita media. Kumpulan media hanya perlu sampai ke CP1 (sekitar kebun durian jeram Batu Berangkai, 300m dari aras laut). IPT wanita ke CP2 (kem Lebah pada ketinggian 1010m). Untuk tiba ke kem Lebah ni pun cukup mencabar. Wanita terbuka dan lelaki IPT perlu tiba di CP3 (Permatang, 1160m). Hanya lelaki terbuka perlu sampai ke puncak (1255m). Aku tiada pilihan kena masuk kategori lelaki terbuka, terpaksa bersaing dengan orang muda dan kuat. Rasanya no. 1 dan 3 dimenangi oleh orang negro. Komando tempatan no. 2. Itu pun saingan agak kuat antara no. 2 dan 3. Aku peserta terakhir yang berjaya menamatkan cabaran. Tiba di garisan penamat sewaktu upacara penyampaian hadiah. Bagaimanapun sijil kosong ditulis sendiri nama dan acara diberi beserta air mineral 2 botol dan 100+ 1 tin. Terima kasih penganjur atas hadiah dan ucapan tahniah dan jemputan untuk turut serta di masa akan datang. Bayaran RM30 sudah lebih dari berbaloi. Selain itu dapat T-shirt dan powerbar.
Peserta lelaki terbuka dilepaskan dari Komplek Rakan Muda, Kampar jam 0803 yang beberapa minit kemudian diikuti perserta lain.
Jeram dengan air yang jernih di Batu Berangkai. Anak dan isteri tidak mendaftar cabaran tapi ikut berjalan sehingga CP1 dan menikmati kedamaian jeram Batu Berangkai.
Batu hampar yang besar. Mungkin ini juga sempena nama batu berangkai.
Terjumpa awek yang sama-sama menyahut cabaran M2M tak jauh dari kem Lebah.
Bergambar bersama pihak penganjur di CP3 (Permatang), kira-kira 1/2jam lagi untuk sampai ke puncak.
Puncak gunung Bujang Melaka pada ketinggian 1255m dari aras laut. Tiba di puncak jam 1153 (masa luput 1200). Bekalan - 2 liter air mineral, 20 biji kurma, sekeping Garman dan 1 powerbar. Minuman/makanan pemulihan - 1 tin 100+, segelas cincau, 1 gelas air pemulihan powerbar, segelas pepsi dan set dinner plate KFC. Kecederaan - sedikit calar pada betis terlanggar kayu. Alhamdulillah. Hutan semacam ubat buatku, dengan lumpur herba asli, air sungai bermineral dan bauan aroma hutan yang cukup mesra dengan badan manusia.

6 comments:

Ridwan said...

Tahnia Dr. Pauzi atas kejayaan mendaki Gn. Bujang.. Oh ya Jumaat lepas saya jumpa dengan Khairil Aslan ("Lan") di kedai basikal BikesXtreme Shah Alam (beliau jaga kedai tsb). Beliau kenal Dr. dan pernah jumpa ketika mendaki Gn. Nuang. Setelah sy search, ternyata ada tercatat dalam Blog sbb: http://basikalgunung.blogspot.com/2008/05/minggu-ke-19.html

abuomar said...

Terima masih Ridwan. Sabtu ni saya cadang nak kayuh di Presint 20. Saya akan bawa basikal ke sana dengan kereta. Bawa full-sus. Mungkin mula 0800 dan tamat 1100. Kena balik cepat sebab ada kenduri kahwin. Jom ikut sama. Kayuh sebagai persediaan KL mtb carnival. Ahad saya ke TTDI.

Ridwan said...

Ok Doc, Insya Allah.. Saya akan bawa Collosus AX-1 dgn kereta juga, biar ada tenaga penuh di trek Presint 20. Yg Raleigh hardtail dah cuba sebelum ini. Kalau ada apa2 perubahan, tlg sms ya.. terima kasih

benbaz said...

Dr., Kalau Sabtu pagi akan dtg ni, rase2nya teringin nak join. Ada masa free masa tu sebelum gi kelas belah ptg.

Anonymous said...

congrat doc..minggu ni x nak layan mtb ker??

abuomar said...

Ridwan
OK jumpa di parkir perkuburan Islam, Presint 20 jam 0800.

Bazli
Jom ikut sama jumpa spt di atas

Matta
Sabtu saya kayuh MTB spt di atas.
Ahad kayuh di TTDI. Sesiapa yang nak ngikut boleh jumpa di tol sg besi jam 0730 atau 0800 di TTDI tempat mula/tamat KL MTB carnival 09.