Sunday, November 1, 2009

Kayuhan Nuang

Ahad 13 Zulkaedah - Kayuh basikal gunung di hutan Nuang. Kayuhan bermula dari kaki gunung nuang (puncak niaga). Semasa pendakian, separuh tolak dan separuh kayuh. 1 jam dah sampai hujung jalan lebar (air terjun Lolo). Terasa terlalu awal pulak sampai. Nak mendaki ke atas lagi takut pula nak tinggl basikal, nanti dicuri orang basikal baru ni. Lepas makan powerbar turun. 1/2 jam dan sampai di bawah. Masih belum puas kayuh lalu berlayuh turun pergi makan nasi lemak di Sg Congkak iaitu tempat nasi lemak kegemaran Dr. K dan kawan karibnya. Ingat boleh jumpa beliau, tapi beliau belum tiba lagi. Kebiasaan rutin beliau ialah berkayuh ke Genting Peras setiap ahad.
Degupan jantung meningkat mengikut ketinggian pada awalnya tapi berikutnya kebanyakannya rendah. Mungkin tanda kemalasan. Mungkin ada baiknya lain kali apabila mendaki Nuang, kayuhan dibuat sehingga Lolo kemudiannya berjalan ke puncak. Lebih cepat sampai dan kembali pulang. Basikal dikunci dan ditinggalkan di Lolo.
Sabtu 12 Zulkaedah - berkayuh basikal gunung di atas jalan dan luar jalan sekitar Kg Limau Manis dan perkampungan orang asli. Berkayuh dalam hujan renyai - separa kering dalam cuaca sejuk. Tak begitu terasa kepenatan. Profail degupan jantung seiring dengan paras ketinggian.

4 comments:

Ridwan said...

Ops..Doc pergi ber-MTB ke Gn. Nuang? Kayuh dari rumah atau basikal naik kereta? Saya memang bercadang ke sana hari sabtu, tp tdk jadi sbb ada hal. (Tapi alasan sebenarnya, saya perlu kawan..) Utk masuk ke sana, perlu register&bayar di pos ranger? Berapa jarak dari pos ranger ke kem Lolo?

abuomar said...

Ya. Bawa basikal atas kereta ke kaki Gunung Nuang. Pada awalnya saya ingin joging, tapi memikirkan saya belum pernah kayuh, jadi semalam ingin cuba kayuh dari pos ranger ke Lolo. Jaraknya lebih kurang 5km. Mendaki 1jam, menurun 1/2 jam. Kena bayar RM1 sahaja.

Ridwan said...

Ok Doc, terima kasih maklumatnya.. Saya nak coba kayuh ke Kem Lolo dari Pos Ranger pada hari Sabtu ini (7/11/09), insya Allah. Oh ya, saya baru dapat maklumat kedai outdoor yang jual hydration backpack, bladder dll iaitu: http://www.kedaicamping.com.my/hubungikami.html
Dia ada cawangan di Alamanda Putrajaya.

Ridwan said...

Maaf satu lagi Dr. Pauzi, mohon kalau boleh membuatkan satu tulisan Blog khas untuk membincangkan GPS tracking dan pemonitoran denyut jantung yg biasa Doc display setelah kayuhan. Mungkin ada kawan-kawan kita yg ingin tahu jenis GPS dan spesifikasinya, map ortho, sensor denyut jantung, software yg dipakai dan cara display di Google Map. Terim kasih..