Wednesday, November 14, 2012

Berenang di tepi pantai

Dapat idea baru untuk latihan renang di tepi pantai. Ianya satu pengalaman menarik. Ia mungkin sesuai di laut yang tenang seperti di pantai barat semenanjung Malaysia. Pilihan bagi ku ialah Bagan Lalang dan Port Dickson mungkin juga Morib. Waktu yang sesuai ialah ketika air pasang. Paras air sekitar dada mungkin memberi lebih keyakinan. Waktu pasang surut boleh dirujuk di laman Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), MOSTI www.met.gov.my
Antara kelebihan renang di laut ialah terasa kesegaran pada mental dan kulit. Ianya percuma kecuali belanja perjalanan ke pantai dan penggunaan tandas awam untuk bilasan dan mandi. Tanpa klorin. Aroma lumpur pantai semulajadi. Kolam paling besar. Tidak sesak walaupun ramai orang.

Friday, November 9, 2012

Jejak Kiara

Antara jejak basikal gunung yang terbaik di Malaysia.


Tuesday, October 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Syazana & Akmal


بارك الله لك، وبارك الله عليك، وجمع بينكما في خير





Sunday, September 30, 2012

Jambori UPM MTB

Alhamdulillah berjaya menamatkan jambori ini dengan jarak laluan 45.6km dalam tempoh sekitar 4jam 19 minit pada kedudukan 461. Ramai juga anak-anak muda keletihan, kerana mereka belum cukup berpengalaman dalam mengawal kayuhan, peminuman dan pemakanan atau latihan yang belum mencukupi. Mereka agak laju dan bersemangat di peringkat awal tetapi kecundang di penghujung dengan masaalah kekejangan otot, keletihan melampau akibat kurang mengambil minum dan makanan yang sesuai.


Semakin merosot nampaknya pencapaianku, menandakan usia sudah meningkat. Latihan tidaklah boleh ditingkatkan lagi malah dikurangkan berdikit-dikit. Bagi yang berumur lebih 50 tahun, latihan berat tidak digalakkan tetapi lebih kepada latihan untuk mengekalkan kesihatan bagi mengelakkan penyakit-penyakit kronik.

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

2 Syawwal 1433. Selamat hari raya maaf zahir bathin kepada semua yang mengenali kami.
 
Gambar diambil pada 1 Syawwal 1433. Dari kiri Surayya, Omar, Fairuz (menantu), Sakinah, Foziah, Pauzi, Syazana dan Salihah. Alhamdulillah tahun ini semua ada bersama.

Tahun ini raya agak sibuk, bermula dari malam raya pertama dengan program bertakbir rumah ke rumah hingga jam 1:30 pagi. Selepas solat raya ziarah saudara mara. Raya ke 2 ziarah dan doa selamat buat Omar yang akan melanjutkan pelajaran ke Korea. Raya ke 3 persiapan untuk Omar, mencari nota dan memindahkan data ke komputer dll. Raya ke 4 hantar Omar ke KLIA. Raya ke 5 baik Pasir Puteh, singgah di Ciku 3 rumah kakak dan abang. Raya ke 6, ziarah kubur ibu ayah, ziarah orang-orang tua Mak Teh, Che Hassan, Maksu Nab, Penghulu Salwi juga saudara mara Dr. Maziah, Dr. Azizah, Maksu Yam, keluarga Yana bermula dari 0900 hingga 2000. Raya ke 7 bertolak ke Kangar. Raya ke 8 hantar anak di Matrikulasi Penang dan pulang ke Desa Salak Tinggi. Berkereta secara berterusan selama 4 hari berturut-turut. Sesekali terasa berat kepala akibat kekurangan air dalam badan, tapi pengalaman bersenam telah banyak membantu dalam menjaga kesihatan melalui penjagaan makan dan minum terutama mengawal kandungan air dalam badan. Alhamdulillah.

Selamat berjuang Omar
 Rumah tamu di PNU tempat Omar belajar
 Ziarah warga emas

Puncak Titiwangsa yang cantik di Lebuhraya Timur Barat

Sunday, August 5, 2012

Bekam di Salak Tinggi

Alhamdulillah setelah hamir 8 bulan, semalam buat bekam di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi. Perancangannya nak buat setiap 6 bulan, tapi kali ini agak lewat.