2 Syawwal 1433. Selamat hari raya maaf zahir bathin kepada semua yang mengenali kami.
Gambar diambil pada 1 Syawwal 1433. Dari kiri Surayya, Omar, Fairuz (menantu), Sakinah, Foziah, Pauzi, Syazana dan Salihah. Alhamdulillah tahun ini semua ada bersama.Tahun ini raya agak sibuk, bermula dari malam raya pertama dengan program bertakbir rumah ke rumah hingga jam 1:30 pagi. Selepas solat raya ziarah saudara mara. Raya ke 2 ziarah dan doa selamat buat Omar yang akan melanjutkan pelajaran ke Korea. Raya ke 3 persiapan untuk Omar, mencari nota dan memindahkan data ke komputer dll. Raya ke 4 hantar Omar ke KLIA. Raya ke 5 baik Pasir Puteh, singgah di Ciku 3 rumah kakak dan abang. Raya ke 6, ziarah kubur ibu ayah, ziarah orang-orang tua Mak Teh, Che Hassan, Maksu Nab, Penghulu Salwi juga saudara mara Dr. Maziah, Dr. Azizah, Maksu Yam, keluarga Yana bermula dari 0900 hingga 2000. Raya ke 7 bertolak ke Kangar. Raya ke 8 hantar anak di Matrikulasi Penang dan pulang ke Desa Salak Tinggi. Berkereta secara berterusan selama 4 hari berturut-turut. Sesekali terasa berat kepala akibat kekurangan air dalam badan, tapi pengalaman bersenam telah banyak membantu dalam menjaga kesihatan melalui penjagaan makan dan minum terutama mengawal kandungan air dalam badan. Alhamdulillah.
Selamat berjuang Omar
Puncak Titiwangsa yang cantik di Lebuhraya Timur Barat
No comments:
Post a Comment