Monday, January 28, 2013

Aktiviti cuti maulud dan thaipusam

Isnin: Berenang di pantai cahaya, Port Dickson bersama Cik gu Bazli dan rakan-rakan renang.


Ahad: kayuh bersama Zamani Supartin dan Abdul Razak Jaafar. Mula kayuh dari Salak melalui Jenderam hulu, Bangi, UKM, Jalan Reko, Kajang Utama, Semenyih, Broga. Tiba di Broga tayar basikal bocor. Zamani dan Razak meneruskan kayuhan ke Lenggeng. Terpaksa telefon anak untuk mengambil. Sementara menunggu, aku tolak daro Broga ke Universiti Notingham. Jadi hari ini kayuh 1jam 30 min dan tolak basikal 40 min.

Sabtu: Kayuh basikal gunung dari rumah melalui Kg Giching, Bandar Baru Salak Tinggi. Tiba di Taman Dalia jumpa Sham Amri ajak dia masuk  ladang sawit sebelah bukit 360 menuju ke Jenderam Hulu. Minum sekejap. Sambung kayuh ke ladang sawit sebelah Nilai Spring Golf dan keluar di Nilai.


Jumaat: Joging di Taman Awam Nilai.

Khamis: Renang di Pantai Cahaya Port Dickson selama 2 jam bersama Bazli, Sabki, Azmi, dll.
Gambar disalin dari fb cikgu bazli
Gambar disalin dari fb cikgu bazli

2 comments:

coconutgrinder said...

takut pulak tengok keadaan air masin nak buat open water di situ..sebab kisah ada orang kena serang dengan buaya di port dikson.

abuomar said...

Betul ke ada buaya di laut. Kat kuala tu kot. Kami berenang di pantai cahaya. Bagaimanapun kita berdoa kepada Allah swt agar dijauhkan segala malapetaka. Niat kita baik untuk beriadah dan menikmati keindahan laut dan kesegaran air ciptaan Allah swt.