Alhamdulillah pagi ini dapat buat kayuhan Kelawang loop sejauh 142km dalam masa 7jam. Ini sebagai latihan persediaan untuk LIMC2011 dan lain-lain perlumbaan seperti Bikezooka, PD triathlon, dll. Bahanapi yang digunakan 1 liter air kosong, 1.5l 100+, 0.5l Coke, 20 biji kurma dan roti kerim 2 bungkus.
Bermula 0740 dari rumah (Bandar Baru Bangi) melalui Bandar Teknologi Kajang, Semeyih, Broga, Ulu Beranang, Lengeng, Jeram Toi, Kelawang, Titi, Peras, Empangan, Sg. Tekala, Semenyih, Bandar Teknologi, West Country, Bandar Baru Bangi. Tiba di rumah 1508. Cuma berhenti rehat 2 kali di Petronas Kelawang dan Sg. Tekala.
Pada mulanya ingin ikut kumpulan Zaman Ken yang mula dari Batu 14 dengan menunggu di Lenggeng sambil menikmati nasi lemak ikan keli, tapi meneruskan kayuhan sehingga Kelawang setelah berjumpa dengan kumpulan 3 pengayuh Cina (1 perempuan, 2 lelaki) di Ulu Beranang. Kata Raymond kumpualn Ken buat ikut jam. Kumpulan Raymond bertolak lebih awal (jam 0700 dari Bt 14 melalui Bukit Antu). Kumpulan Ken mungkin mula 0730. Kami harap dapatlah berselisih di Kelawang, tapi rupanya tidak. Rasanya mereka pun ikut lawan jam. Raymond memang biasa dengan Kelawang loop, beliau buat setiap bulan. Dengan ada wanita dalam kumpulannya, maka aku bolehlah mengejar mereka dan kayuh bersama.
Meter jarak menunjukkan jarak kayuhan 142.24km.Berhenti rehat di Petronas, Kuala Kelawang. Meter jarak menunjukkan 80km.
Aku bawa basikal proton T-sprint yang agak berat. Walaupun agak berat semasa mendaki tapi cukup laju semasa menurun. T sprint R yang ringan aku rehatkan kerana tayar bocor.
No comments:
Post a Comment