Dalam perjalanan pulang ke kampung (Jumaat) aku menginap satu malam di Kesedar Inn, Gua Musang. Bayaran RM70 termasuk makan pagi untuk 2 orang. Sebelum keluar aku dan isteri sempat joging sekitar Kesedar Inn menyusuri Sg Ketil. Kesedar Inn terletak berhampiran cabang Sg Ketil/Sg Galas bersebelahan istana hinggap. Tempat ini cantik jika dibangunkan menjadi kawasan rekreasi. Air sungai pun masih jernih.
Seterusnya singgah di rumah abang Pa, Ciku 3 makan bekwah anak perempuan ke 3 nya kawin. Sekitar jam 2 meneruskan perjalanan.
Selepas 1 jam bermotor rasa mengantuk singgah minum teh halia dan makan roti bawang di R & R, Kuala Krai. Tempatnya selesa dan angin sepoi mengurangkan rasa panas terik. Tiba di Pasir Puteh jam 4 ptg. Tujuan aku balik kampung kali ini agak berbeza dengan sebelumnya kerana kali ini kira mengambil giliran tugas menjaga ayah.
No comments:
Post a Comment