Sabtu - Awal pagi sempat joging di kompleks Sukan. Jiran sebelah rumah kenduri kawin, jadi kenalah tolong sikit sebanyak tak bolehlah nak main banyak. Selepas makan kenduri, kayuh sekitar rumah untuk bakar semula lemak yang dimakan. Aku terima 5 undangan kenduri tapi hanya 2 undangan ditunaikan. Maaf kepada yang tak dapat aku hadiri.
Ahad - Kayuh basikal jalan dari rumah ke Putrajaya (PICC) melalui Sg Merab dan Limau Manis. Hari ini terima 3 undangan kenduri tapi 2 ditunaikan. Kenduri pertama makan nasi, kenduri ke 2 hanya makan bubur dan tapai saja.
Laluan Sg Merab dan Limau Manis mencabar stamina. Bukitnya yang curam dapat mengukur tahap stamina kita samada masih OK atau sudah menurun. Kalau masih belum tolak basikal bermakna OK.
3 comments:
Salam Dr. sabtu atau ahad ini (12 atau 13 jun) saya free boleh kayuh sbb anak-istri sedang balik kampung. Ada cadang nak kayuh MTB? Terima kasih
Waalaikum mussalam,
InsyaAllah sabtu ni kita kayuh ke Taman Cabaran, Putrajaya. Jumpa di simpang lampu isyarat UKM jam 0730. Ahad pun boleh kayuh tapi tak boleh lama, sebab saya janji dengan anak main badminton jam 1200-1400. Ada kumpulan Kajang kayuh kat Sg Long, mula 730 di Giant Prima Saujana. Cantik juga denainya.
Ridwan,
Seperti yg dibualkan sebentar tadi, kita kayuh basikal gunung hari ahad di denai Sg Long bersama kumpulan beskal.com dari Kajang.
Manakala Sabtu saya akan kayuh basikal jalan bersama kumpulan Maplay di Batu 18, Hulu Langat.
Post a Comment