Saturday, May 29, 2010

Kayuhan cuti Hari Wesak

Hari wesak (Jumaat)
Hanya berkayuh di sekitar UKM, masuk ladang sawit sementara menunggu kolam dibuka. Tak banyak latihan hari ini (kayuh dan berenang sekejap), walaupun jalan agak lengang terasa rugi pulak tak kayuh basikal jalan. Tapi hari ini cuaca agak panas. Tak selesa nak berenang lama.

Sabtu
Kayuh di Bukit Kiara. Lama tak kayuh di Kiara terasa tidak yakin dan cukup penat. Entahlah mungkin dah semakin berumur. Rasanya kena kembalikan stamina melalui kayuhan basikal jalan di kawasan berbukit. Genting Peras, Sempah pun dah lama tak pergi. Daki gunung pun lama tak buat. Itulah sebabnya penat semacam sehingga rasa tegang urat belakang lutut.

Profail kayuhan di Kiara walaupun pendek, laluan teknikal begini cukup memenatkan.

Ahad

Awal pagi hujan agak lebat. Haji Yazid sms supaya kayuhan dibatalkan. Bagaimanapun Bazli ingin teruskan juga selepas hujan reda. Katanya cuti begini susah nak dapat. Pada saya hujan tak ada masaalah asalkan tak ada kilat petir. Aku memang suka main hujan. Dengan basikal gunung tidak menjadi masaalah. Kalau basikal jalan, tayarnya agak nipis dan senang bocor bila jalan basah.Profail kayuhan pagi ini agak menarik, mendaki bukit dan menyusur tepi sungai.

2 comments:

Azizan Zolkipli said...

oklah, tu. tak dpt bnyk, sikit pun jadi. moga enjoy kayuh ...

abuomar said...

Terima kasih komen. Kayuh memang kena kekalkan. Bagi saya kayuhan mengubatkan lenguh2 urat dan sendi.