Sunday, October 25, 2009

Sg Pening lagi

Ahad 6 Zulkaedah.
Setelah lebih 2 bulan tak berkayuh jauh, hari ni baru berpeluang ikut PCC berkayuh di Sg Pening. 3 jam berkayuh untuk jarak 29km, meredah hutan, kebun getah dan sawit. 1 jam pertama cukup penat kerana jantung belum biasa dengan kadar yang tinggi. Ikut PCC ni seronok kerana pengayuh terdiri dari berbagai tahap. Sementara menunggu rakan yang perlahan kita boleh berehat dan ambik nafas. Semasa berkayuh kebanyakan kadar denyut ialah 150 iaitu 80%. Denai Sg Pening ni memang memenatkan, banyak mendaki dan jika menurun memerlukan tumpuan yang penuh dalam mengawal basikal. Inilah denai yang paling aku suka dan cukup mencabar. Cuaca yang redup dan lembap cukup sesuai dengan diriku.
Menunggu rakan. Tak jauh dari Nirwana. Selepas Nirwana, laluan ke Kuari sudah mudah sebelum tiba ke tempat mula di Kajang Perdana.

Sabtu 5 Zulkaedah,
Sabtu tak dapat berkayuh kerana depan rumah buat kenduri menyambut menantu. Sebagai jiran kenalah tolong bantu. Walaupun begitu awal pagi 0648-748 sempat joging dari rumah ke stadium dan balik. Berpeluh basah juga walaupun 1 jam joging pada kadar denyut jantung 80%.

8 comments:

Ajo said...

Bang, nak sangat ride kat sg pening nih. nanti kalu teringin nak repeat.. roger2 la saya.
-ajo,hlangat-

abuomar said...

InsyaAllah bang. Cuma kadang2 tu susah nak plan, ikut kelapangan. Ada peluang kira jadi je. Biasanya bila PCC buat kayuhan sekitar Hulu Langat ni saya akan ikut.

Anonymous said...

syok ride kat sg penin ni,x dapat join doc coz ada mizuno run last week...hopefuly pasne ler repeat,ajak omar ride skali

Ajo said...

OK kalu repeat kasi roger2...

abuomar said...

Matta,
InsyaAllah kalau tak ada apa hal kita boleh kayuh sekali lagi ke Sg Pening, mungkin minggu ke 3 Nov. Minggu ni saya nak berlatih panjat Nuang. Minggu depan nak masuk cabaran M2M Gunung Bujang di Kampar.
Ajo,
INsyaAllah nanti kami iklankan dalam blog ni.

Ridwan said...

Salam Doc, inform saya juga ya.. nak juga ke sg. pening biar hilang pening pikirkan kerje. Oh ya just nak inform ada event KL Mountain Bike Carnival 2009, 21st & 22nd NOVEMBER 2009 at Taman Lembah Kiara TTDI. Web: http://www.klmtbcarnival.com.my/v09/ Jom kita joint & berlatih sama-sama..

abuomar said...

Waalaikum mussalam Ridwan,
InsyaAllah saya akan beritau. Ada kolam air panas di sekitar Kg Pasir yang belum saya terokai. Saya pernah masuk KL Mtb Carnival satu ketika dahulu. Ianya cukup teknikal. Bolehlah cuba. Dah daftar ke belum? Bila tarikh tutup?. Dulu saya kerap juga berlatih di TTDI. Presint 20 kira hampir setaraf dengan TTDI. Pendek tapi curam.

abuomar said...

Ridwan.
Terima kasih atas maklumat. Saya baru saja daftar on-line. Akan bayar secara bank-in dan fax salinan resit bayaran. Walaupun tak cukup latihan, tak apalah sekadar seronok. Lagi pun dah lama tak ke TTDI.