Sunday, August 16, 2009

PCC-Nexus Presidential Ride 2009


Ahad 24 Syaaban - Ikut kayuh basikal gunung bersama PCC. Seramai 1040 orang telah mendaftar untuk kayuhan ini. Walaupun mungkin tak semua datang, tetapi memang sesak jugalah pada peringkat permulaan.
Permulaan kayuh terpaksalah tolak basikal.

Selepas loop 1, rehat - tambah air bekalan dan makan pisang 3 biji.
Selepas loop2, rehat - dapat minum revive 1 tin dan bekal 1 tin, makan tembikau 5 keping.
Laluan lebar ladang kelapa sawit
Selepas loop 1 kira-kira 20km, ramai juga yang sudah krem paha.

Semasa rehat selepas loop 3 makan roti kerim dan tambah air. Keseluruhannya makan 2 powerbar (triple threat), 2 powerbar gel, pisang 6 biji, 2 tin revive, air 3 liter.
Profail laluan. Jarak keseluruhan 61km, tempuh kayuhan 7 jam, kelajuan purata 8.5km/jam. Walaupun bukit tak begitu tinggi, tapi profail turun-naik cukup meletihkan. Pada loop 4 (terakhir), banyak kali berhenti kerana kepenatan.

Peta laluan PCC2009.

15 comments:

Anonymous said...

wah congrat doc coz abeskan semua loop...saya x dapat join coz last daftar dah x der kosong,so i kayuh ke genting,doc pasne bley la repeat trek pcc ni...mcm syokk jer

abuomar said...

terima kasih. nanti lepas raya lah kita ikut trek tu sekali lagi. air dan makanan kena cukup. trek ini cukup mencabar

Yusri said...

Salam tok, camne nak dapatkan topo dalam GPS tu yer... tq

mka said...

doc, congrat saya dapat stage 2 je, cramp giler smlm. since u have the track, kita set lagi lepas raya ni

abuomar said...

yusri,
peta topo boleh download kat http://www.malfreemaps.com/

mka,
krem bermakna belum cukup mileage atau belum cukup pengalaman. walaupun saya tak krem tapi loop terakhir, saya tak bermaya utk berkayuh. kena rehat dan amik nafas dan tolak basikal gaya taichi. bila hari dah tengahari, kita perlukan makanan pejal spt roti dll. isnyaallah lepas raya kita buat reverse. kat loop 4 ada sungai dan air terjun.

Anonymous said...

Salam.. boleh email PCC2009 gps trackpoint kat saya?

skybullit@yahoo.com.sg

terima kasih..

abuomar said...

Salam Skybullit,
Sekejap lagi saya e-mailkan PCC2009.gdp untuk kegunaan saudara dan rakan-rakan kayuh. Semuga denai ini akan lebih meriah lagi seperti kemeriahan Sg Pening.

johar said...

Tahniah
Nak tanya tn ,bulan puasa ni sambung kayuh ke tidak.kalau kayuh di kawasan mana
Selamat menjalani ibadah puasa

abuomar said...

Terima kasih En. Johar. Bulan puasa rehat tak kayuh, kecuali kayuh sekitar rumah/pasar ramadhan petang-petang sementara menunggu waktu berbuka.
Selamat berpuasa ramadhan!!!

Long Mie said...

Saudara Abu, mohon link ke blog tuan : http://perlismtb.wordpress.com/ TK

abuomar said...

Sdr LongMie,
Terima kasih. Saya dah kemaskini pautan PerlisMTB.

KayuhBeb Cycling Club said...

Bro, leh bagi tak trak log PCC ari tu dlam bentuk gdb, saya punya GPS bateri abis masa tu,
Kalau ok, mail kat sini http://kayuhbeb.blogspot.com/

abuomar said...

salam kayuhbeb,
tu bukan alamat e-mail. tolong bagi e-mail yg betul dan nama sebenar, bukan nama samaran.

AskWhat said...

taniah bro berjaya habiskan checkpointt.........pasal kaki ramai krem slepas CP2 sbb diaorang bg mkn tembikai...itu fktor nyer........sy terkejut bile smpai CP2 tngok2 dia bg tembikai,sbb sy dh ade pngalaman lampau so x ambik ler........tngok org lain smpai 3/4 potong mkn....mmg sedap tp tau ler akibat nyer......lembut lutut tau....

abuomar said...

salam,
terima kasih. saya pun makan 5 keping tembikai kat cp2, sedap dan terasa lega hilang dahaga. tak pasti pulak makan tembikai boleh krem.