Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa Ramadhan

Syaaban 29, 1430 - Besuk Sabtu merupakan 1 ramadhan 1430hijrah. Umat Islam akan mula berpuasa fardhu esuk. Malam ni solat sunat tarawih sudah dimulakan. Ada yang buat 8 rakaat, ada yang buat 20 rakaat. Tak kisahlah 8 atau 20, kedua-duanya boleh saja. Berikut ialah rakaman 2 rakaat solat tarawih yang dipimpin oleh Ustaz Ridhuan al-hafiz di Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi.
http://www.imeem.com/people/2D6981N/music/Uyiwh8jx/ust-riduanwma/

Nampaknya latihan jasmani terpaksa dikurangkan. Bulan ramadhan harus dilebihkan dengan latihan kerohanian kerana banyaknya kelebihan bulan ramadhan. Renang terpaksa direhatkan sepenuhnya. Kayuh dan joging bolehlah dibuat ringan-ringan, mungkin sebelah petang sebelum waktu berbuka.

Latihan jasmani bulan ramadhan tentunya menurun secara mendadak berbanding bulan-bulan sebelumnya. Bulan syaaban merupakan antara latihan jasmani terbanyak aku buat sebelum menjelang ramadhan. Antaranya kayuhan ke Kelawang dan kayuhan PCC presidential ride. Kedua kayuhan ini menyumbangkan jumlah jam yang besar.


9 comments:

Anonymous said...

selamat menyambut ramadhan doc..semoga taun lagi banyak keberkatan dilimpahkan..

abuomar said...

Salam Matta,
Sama-samalah kita mengambil peluang bulan ramadhan yang penuh berkat dan banyak kelebihannya. Buat apa yang termampu dengan penuh ikhlas.
Dah boleh kayuh ke Genting semula sekarang ni? Kalau boleh saya kena buat sebelum akhir tahun sebab itu antara acara tahunan saya. Nak cuba ngan basikal gunung pulak.

Anonymous said...

genting boleh,tp x ler lebih dari 5 org....ok gak pas raya ni kita planin ker genting,syok juga pas lama x dapat kayuh bukit...

abuomar said...

insyaAllah lepas raya kita kayuh ke puncak genting. pertengahan oktober kot.

BADIK said...

salam semua. ini sekadar iklan. DEUTER HYDRATION BACKPACK FOR SALE: Kindly visit my blog at http://deuterandyonex.blogspot.com

won said...

doc, i am interested in the "kayuh ke puncak genting", could you share more info about this? this must be a very interesting ride for me. thank you from won

abuomar said...

won,
sy fikir2 11 okt 09 kot masa yg sesuai. biasanya kita mula dari genting sempah. kayuh ke goh tong. rehat-minum. terus lagi ke puncak genting.

johar said...

Selamat hariraya aidilfitri diucapkan maaf zahir batin
Kali ni beraya di mana

abuomar said...

Salam Johar,
Terima kasih. Saya pun sama mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin. Tahun ni saya beraya rumah isteri di Kangar, Perlis. Malam ni lepas tarawih insyaAllah bertolak. Kemudian hari Selasa balik kampung saya di Pasir Puteh, Kelantan. Sabtu depan kembali ke Bangi.