Minggu ini aku tak dapat berkayuh kerana balik kampung (Pasir Puteh) dan kerja luar di Kuantan. Sabtu bertolak ke Pasir Puteh melalui Gua Musang. Singgah minum kopi asli (RM2.40) di Stesen Petronas (sebelum tol ke 2 lebuhraya Karak). Kopinya cukup berkesan untuk menghilangkan mengantuk. Sebelum tiba singgah makan tengahari di warung2 berhampiran UiTM, Machang. Makan nasi sup tulang Kelantan kegemaranku. Yang baiknya balik kampung ni dapat menghilangkan ketegangan dan kekusutan mental akibat banyak berfikir. Udara di kampung pun segar tanpa jerebu. Ianya satu perjalanan yang berbaloi. Selain itu dapat mengurangkan risiko terkena selsema babi yang begitu meriah sekarang ini di bandar. Melawat orang tua ni ada keberkatan yang ramai orang tidak menyedarinya. Kita gembira, orang tua pun gembira dapat bersama kita. Saudara mara, adik beradik pun begitu juga. Kira menang-menang, walaupun sekejap ia sudah memada.
Hanya satu malam di kampung, ahad bertolak bersama ayah pula ke Kuantan untuk urusan kerja. Bertolak dari Pasir Puteh ke Kuantan ikut lebuhraya Jerangau-Jabor melalui Chalok, Kuala Berang, Bukit Besi, Cheneh. Singgah makan nasi gulai tempoyak ikan patin dan sayur kampung di Kuala Berang. Sedap tak terkira.
Ayah menginap di rumah adik di Indera Mahkota dan aku pula berpeluang menginap di hotel Swiss Garden atas biaya pejabat.
Pantai Beserah yang panjang sekitar 7km ini cukup sesuai untuk joging. Joging tanpa kasut pun tiada masaalah.
Pandangan matahari naik yang sungguh cantik, sehingga ada yang sanggup menyembahnya. Airnya cukup tenang di awal pagi dan seronok berenang.
Pandangan matahari naik yang sungguh cantik, sehingga ada yang sanggup menyembahnya. Airnya cukup tenang di awal pagi dan seronok berenang.
7 comments:
Assalamualaikum
Ada yang sanggup menyembah ??
waalaikum mussalam,
Ya, memang ada sekumpulan manusia yang menyembah matahari.
Saya belum sampai lagi ke pantai beserah tu.Dengarnya ombaknya kuat menghempas pantai,betulke gitu sama tak dgn Desaru
Pantai Beserah agak lain dengan kebanyakan pantai di sebelah pantai timur semenanjung. Disebabkan pantai yang landai rata, ombak taklah begitu besar. Ombak Desaru lebih tinggi. Bagaimanapun air pantai Beserah tidak sejernih Desaru kerana ia agak berlumpur macam PD.
wah..ini memang menyeronokan..balik kg sambil berkerja dan beriadah(combo)...Ni kena bilik kg jugak ni...!
kalu blk kampung wife kat kuatan,sy akan kayuh dr kuantan kebeserah,tp kat kuantan ni cuma ade 3-4 org jer rider road...majoriti byk mtb jer doc,road cukup syok....flat jer..
zulhilmi,
kalau duduk hotel tu, biasanya renang dan joging sebelah pagi atau petang lepas kerja.
matta,
kali ni tak bawa basikal. lagipun tak sempat nak kayuh. masa singkat.
Post a Comment