Sunday, June 28, 2009

Triathlon ATM Terbuka 2009

Ahad 5 Rejab 1430 - Triathlon terbuka ATM telah diadakan di Pantai Puteri (dulu pantai Kundur). Renang 1.5km (tapi aku rasa lebih jauh), Basikal 40km (sebenarnya 44km) dan Lari 10km. Seramai lebih kurang 150 peserta yang menyertai pertandingan ini, kebanyakannya tentera. Ada juga peserta Britain, Jepun dan Thailand. Alhamdulillah aku berpeluang menyertainya. Ini penyertaan pertama aku untuk tahun ini. Yuran penyertaan hanya RM60 sahaja. Seronok berpeluang untuk beraktiviti selama lebih kurang 4 jam. Paling seronok ialah berpeluang berenang di laut beramai-ramai. Kalau seorang tak berani aku berenang sejauh itu.

Renang dibuat secara loop 3 segi sebanyak 2 pusingan. 3 bola pelampung diletak di 3 sudut. Pelampung-pelampungnya agak kecil dan sukar untuk mengenal pasti kedudukannya semasa berenang. Cukup mencabar. Satu ketika aku terasa semacam tiada pergerakan dalam renangan terutama antara pelampung 2 hingga 3 (melintang di tengah laut).
Tempat penamat
Tempat mula (sebelah tempat penamat)
Melakukan pemanasan dan membasahkan badan
Berdebar juga nak masuk laut ni.
Peserta sedia untuk dilepaskan. Lepas dibuat dengan ledakan asap berwarna. Peserta 'relay' didahulukan.
Selepas 50 minit baru tamat acara renang, agak perlahan, mungkin banyak tersasar arah atau dihanyutkan arus atau dah lama tak renang laut.
Mula untuk berkayuh. Kayuhan 4 pusingan. Berpeluang menyucuk angin dengan pengayuh-pengayuh muda. Dapatlah rehat sikit.
Berlari, acara yang paling aku benci. Tak mampu berlari laju, banyak yang memotong aku dengan mudah.
Peserta terakhir yang tiba di garis penamat (aku lah tu), diiringi van ambulan. Mereka dah bosan tengok perlahannya aku berlari. Asyik dok tanya OK ke pakcik?
Penganjur sibuk membuat kiraan masa bagi menentukan kedudukan peserta.
Penyampaian hadiah, wang tunai, medal dan sijil.
Kedudukan bagi kategori lelaki 40 tahun ke atas. Ada 9 penyertaan. Horey, aku dapat no. 6 - dapat RM100, medal dan sijil.
Medal (depan) dengan logo Angkatan Tentera Malaysia. Bangga aku!!!
Medal (belakang)
Lepas makan tengahari sijil sudah sedia di ambil di meja urusetia. Makan pun sedap, nasi gulai kawah resipi tentera. Kira berbaloi jugaklah bayar RM60 dapat balik RM100, makan tengahari percuma dan T-shirt.
Peta laluan. Renang (segitiga hijau 2X750m), Basikal (merah 4 x 11km) dan lari (kuning 10km pergi-balik).

Keputusan ku: renang 52min., kayuh 90 min., lari 84 min. Keseluruhan 3 jam 47 min.

Terima kasih buat isteri yang setia menunggu dan mengambil gambar. Mejar Kalam ajak ke PD pula 2 minggu lagi. Nak pergi ke tak nak?

14 comments:

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Assalamualaikum Doc.

Tak terbuat orang muda doc . Good job TAHNIAH......

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Terima kasih. Mental nak kena kuat. Sabar dan tak malu walau di belakang. Orang muda ramai yang mengalah di peringkat pertengahan (basikal). Tengok dah tertinggal jauh, terus berhenti. Niat saya masuk ialah nak habiskan acara dalam tempoh yang diberikan (4jam). Masa saya 3 jam 47 min 04 saat.

ZULHASSAN said...

Tahniah bro, sayang acara ni berlaga dengan KLIM.

johar said...

Wah tahniah lah tuan ada dpt untung 40 ringgit tu kira boleh masuk selalu.Memang berbaloi bolehlah belanja saya tu
Sya puntak terbuat,tak ada setamina
Tahniah

abuomar said...

Zul,
Terima kasih. Sebenarnya hadiah lebih banyak dari peserta. Kategori pompuan 35 th sorang peserta je (Jepun). Apa pun puas dapat renang di laut. Ada yg mengalah lebih awal kerana takutkan obor2. Sebenarnya tak perlu takut. Sy pernah berenang bersama orang Rusia di Teluk Kemang. Dia terkena obor, merah lebam kat belakang, tapi dia relak saja, tenang tak jumpa doktor pun. Katanya sakit sementara saja.

Johar,
Terima kasih. Belanja? No problem. Nanti bila kayuh bersama saya boleh belanja. Belanja orang dapat pahala.

Anonymous said...

salam.doc congrat atleast dpt abeskan trialthon melaka...

won said...

congratulation doc for your success in competing with people half your age. we're very proud of your success! hope that we can continue to compete and enjoy this for many, many more years to come. cheers

abuomar said...

matta & won, tq

MKA said...

Doc, super duper congrats. imagine u were among the last in the trithalon and i always lagging when cycling with u?

abuomar said...

Terima kasih MKA. Selain untuk seronok beramai-ramai dalam pertandingan, ia juga mengukur tahap stamina/kekuatan kita. Saya biasa masuk pertandingan yang murah-murah belanjanya. Sebab sudah yakin tidak akan boleh menang no. 1,2 atau 3. Minggu depan ada PD triathlon, bayaran pun dah meningkat RM90 dan bayarannya pun perlu disegerakan lebih awal sebelum pertandingan. Kalau dulu cuma RM60 dan bayaran boleh dibuat sehari sebelum pertandingan. Begitu juga Putrajaya half ironman bayaran RM350. Dulu Desaru hanya RM90. Penganjur pertandingan sudah nampak ruang perniagaan. Pada saya sukan bukan untuk perniagaan, sekadar untuk seronok dan sihatkan badan saja.
Ikut tak PCC presidential ride kat Broga nanti?. Saya dah daftar dan bayar RM30 semasa berkayuh dengan PCC di FRIM tadi.

Mohd. Fikri Bin Ismail said...

slm syabasss,
bangga bila dpt dengar org buat xtvt dgn niat sendiri tercapai...
jati diri yang sempurna!!!
Fikri, indera kayangan.

abuomar said...

Salam Fikri,
Saya suka dengan perkataan jati diri. Ramai bangsa kita yang tidak menghayatinya. Ramai yang lebih terpesona dengan kehebatan orang lain. Bila kita pernah melalui detik-detik susah, baru datang penghayatan terhadap jati diri. Jati diri ada hubungan dengan kejujuran, tidak berpura-pura, tidak menipu dsbnya.

Anonymous said...

tahniah dr abuomar krn berjaya menamatkan pertandingan. kalulah sy dpt ikut jejak langkah dr.. bagi sy, mampu berenang jauh non-stop pun sudah cukup.. basikal & lari tu kira gamble je.. boleh ke begini shj dia punya persediaan?

abuomar said...

salam,
Latihan renang saja tak cukup. Kena buat juga basikal dan lari. Renang hanya guna tangan. Basikal dan lari guna kaki. Kalau berlatih renang saja, otot kaki tak cukup kuat utk kayuh atau lari. Saya cuba kekalkan bersenam (renang, basikal dan lari)7 jam seminggu. Renang dan lari biasanya 1/2 - 1jam sekali. Basikal 3-4 jam pada hari minggu.