Pagi ahad semalam, kami (pauzi, omar, zamani dan naza) berkayuh basikal gunung di taman basikal presint 5.Cukup meriah dan ramai yang berkunjung ke sini pagi ini. Orang putih, orang Singapura pun ada. Kami mulakan dengan jejak XC. Agak malang bagi Naza, basikalnya bocor apabila tiba di puncak untuk memasuki jejak 'roller coaster'. Kami semua tak bawa tiub dan pam kerana menganggap jejak ini dekat saja. Oleh kerana masih awal, Zamani kembali ke keretanya untuk mendapatkan tiub. Bagaimanapun tiub pun dah reput kerana jarang dipakai. Orang Singapura yang baik hati memberikan tiubnya. Dapatlah kami berkayuh semula.
Kami sempat buat 2 pusingan XC dan beberapa pusingan 'roller coaster'. Kira-kira 4 jam juga kami melepak di sini. Omar cedera sedikit di bahu dan betis semasa bermain di 'roller coaster'. Naza pun cedera juga di belakang dan lengan akibat terpelanting semasa menurun. Ada sorang Mat Salleh gemuk cukup hebat melayang di udara dengan basikalnya. Tiada siapa yang dapat mengatasi kehebatannya. Dia juga arkitek yang buat jejak ini.
Aku buat 'slow and steady' saja, brek depan belakang pelan-pelan. Dulu dah pernah ada pengalaman jatuh bermain di jejak buatan manusia begini. Lagipun cedera urat abdomen menahan supaya tidak jatuh minggu lepas masih belum hilang.

Putrajaya kiranya bandar yang dilengkapi dengan infrastruktur untuk riadah, gaya hidup sihat. Ada tempat berbasikal, joging, kayak, ski air, kolam renang, gimnasium. Bagi orang yang bekerja di Putrajaya kemudahan ini boleh digunakan semasa waktu rehat tengahari. Gantikan makanan yang menggemukkan dengan 20 min senaman dan minuman ringan. Tetapi masih belum ramai yang menggunakan kemudahan yang disediakan. Antara taman-taman yang menarik untuk joging ialah sekitar hotel Shangri La, Bukit Wisma Putra, sekitar PICC, dll.
No comments:
Post a Comment