Walaupun dalam hujan renyai aku tetap ingin berkayuh juga walau sekejap kerana sudah terlalu banyak rehat. Aku ingin mencuba jejak baru yang sebahagiannya masih dalam pembinaan iaitu jejak basikal gunung di Presint 5. Jejak ini agak teknikal seumpama TTDI. Bagaimanapun yang menarik- seronok dan takut ialah alunan permukaan seperti 'roller coaster'. Aku hampir terjatuh, walaupun tak luka, urat abdomen terasa sakit. Mungkin abdomen ku akan keras kerana lama dah tak kayuh basikal gunung di laluan sebegini. Walaupun hujan renyai ramai juga pengunjung. Tumpang kayuh bersama kumpulan Perodua dari Batang Kali. Tak berapa ingat nama semua- yang sempat ingat ialah Remi dan Ajis.
PICC dari bukit Presint 5.
Gambar kami diambil oleh seorang pengayuh dari Italy. Khabarnya jejak ini dibina oleh orang putih. Itulah kelebihan orang putih, mereka cukup kreatif dalam kebanyakan hal. Kita ni bangsa yang mengguna sahaja.
Aku kayuh dan berkenalan selama 1jam 20 min kemudian minta diri untuk ke kolam Presint 6. Sempat berenang 20 min di kolam kanak-kanak. Kolam dewasa sedang disenggarakan.
Tengahari pergi kenduri kahwin anak Ustaz Udah di Sg Merab. Syukur alhamdulillah lepas makan, ustaz bagi buku tulisannya yang bertajuk "Mari kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan". Pertama kali dapat hadiah buku lepas makan kenduri. Ustaz Udah cukup tawadhu orangnya yang patut dicontohi. Beliau datang sendiri ke rumah mengundang jemputan. Beliau seorang yang sentiasa sibuk, tidak banyak membuang masa - mengajar, mengkaji dan menulis. Solat jemaah dijaga sepenuhnya. Aku mula belajar agama dengannya sejak 1999. InsyaAllah aku akan baca dan buat ulasan ringkas.
2 comments:
Salam G,
Dari peta Garmin, saya dapati tempat demo gi ggateh MTB di Putrajaya tu rasa2nya atas atau dalam proximity rezab Kubor Hindu, Kristian dan Buddhist yang tak jauh juga dari Kubor Islam... tak seram sejuk ke?
Mana la tahu ada Lang Sue dok membonceng atau ajak "M.T.B", i.e Mari Tolak Basikal....sama-sama.
Tapi OK kot, sebabnya takdak kubor Yahudi disitu.. Kubor Yahudi mmg berhantu sebab mayat ditanam berdiri.
wallahu-alam
Walaikum mussalam uncle D,
Kubor (Taman Selatan) tu berada dalam presint 20. Sebelahnya ialah presint 5, jejak yang sedang dibina untuk basikal gunung dan joging. Ini bukan jejak haram. Mat Salleh yang bina jejak ini dan akan dibuka secara resmi pada bulan februari. Kalam demo dudok dari PICC akan nampak pondok-pondok atas bukit, itulah taman presint 5.
Post a Comment