Thursday, January 29, 2009

Malaysian Cohort Project

Semalam aku menyertai pemeriksaan perubatan di bawah projek Malaysian Cohort
Keputusan penuh ujian dijangka akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 2 minggu. Ujian percuma yang dijalankan ialah seperti berikut;
  • Blood pressure test

  • Heart function test

  • Lung function test

  • Blood and urine test

  • Body composition analysis

  • Body mass index measurement and waist hip ratio

  • Questionnaires session

Keputusan awal yang aku perolehi ialah aku kena turunkan berat sebanyak 8.5kg. Terdapat lebihan 10kg lemak. Walaupun sudah puas bersenam tapi masih banyak lemak, mungkin banyak makan atau diet yang tak betul. 'Fitness score' hanya dapat 68% (kira B).

Kulim Hi-Tech Exploration 2009

Semua dijemput untuk ikut kayuh di Kulim. Berikut ialah mel-E yang saya terima.

Hi,

Would like to invite you and the gang to Kulim Hi-Tech Exploration 2009 on 8th March 2009, for details pls log on www.khtbikerz.blogspot.com
Appreciate if you can promote this event in your blog as well. Thanks

Sekretariat Penganjur

Tuesday, January 27, 2009

Latihan Triathlon Muharam 1430

Nampaknya bulan pertama tahun baru aku agak banyak main, hampir 45 jam - purata 1.5jam sehari.

Friday, January 23, 2009

Tahun Baru Cina

Aku menyambut tahun baru Cina dengan aktiviti basikal, berenang dan berlari atau mendaki gunung. Duit dah habis beli basikal, maka tak dapatlah nak berjalan ke mana-mana. Aktiviti tahun baru Cina ialah seperti berikut;
Sabtu-Kayuh basikal baru ke rumah adik di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan (43km pergi-balik). Tengahari gi kenduri kahwin anak Tuan Hj Najib di Cheras.
Profail jalan yang dilalui (Bangi-Sg Ramal-UPM-Seri Kembangan-Pasar Borong-LDP-Bangi).

Ahad-Kayuh basikal gunung bersama Omar dan PCC di Sg Pening, Semenyih. Kenduri kahwin anak Dr. Badrol di UPM, Serdang.
Profail kayuhan di Sg Pening (20km). Cuaca redup, kering dan berhabuk.

Isnin-mendaki Nuang bersama keluarga
Sempat mendaki hingga antara Kem Lolo dan Kem Pacat pada ketinggian 830m.

Selasa-kayuh basikal gunung di Presint 5. Hanya sempat kayuh 25 min saja, tayar bocor lagi. Dah 2x tayar Bontrager ni bocor, rasanya sebab terlanggar pelepah sawit. Tayar agak nipis dan tidak sesuai untuk luar-jalan terutama ladang sawit. Kemudian berenang di Presint 6 selama 50min (2km). ramai orang - susah nak dapat rentak asyik cuba mengelak dari terlanggar - tapi berlanggar juga sekali - lepas tu banyak buat kuak dada.

Latihan renang perlu mula digiatkan sebagai persediaan untuk swimathon.

Tuesday, January 20, 2009

Basikal Baru

Setelah lama impikan basikal gunung dengan penyerap hentak depan dan belakang, maka tercapai jugalah hasratku hari ini 23 Muharam 1430, dapat beli Trek Fuel EX5.5. Setelah mencuba 1 jam di ladang kelapa sawit belakang UKM, terasa seronok juga walaupun basikal agak berat berbanding dengan jenis ekor keras Trek 4500 yang aku beli 15 tahun lalu. Kelebihannya ialah semasa menuruni cerun - terasa lebih menyakinkan. Walaupun sedikit berat semasa mendaki tetapi dengan menggunakan 'gear' paling ringan, kayuhan menjadi lebih selesa.

Sunday, January 18, 2009

Jejak Basikal Gunung Presint 5- bahagian 3

Profail kayuhan hari ini.
Aku bersama Omar dan Faizal ingin mencuba lagi jejak basikal gunung di Presint 5 buat kali ke 3.
Gaya perlahan dan selamat
Gaya lompatan orang muda
Gaya lompatan elit
Membuat pusingan U.
Kumpulan 'downhill' menolak basikal untuk ke puncak bukit.

Monday, January 12, 2009

Jejak Basikal Gunung Presint 5 - bahagian 2

Jejak 'roller coaster'
Pagi ahad semalam, kami (pauzi, omar, zamani dan naza) berkayuh basikal gunung di taman basikal presint 5.Cukup meriah dan ramai yang berkunjung ke sini pagi ini. Orang putih, orang Singapura pun ada. Kami mulakan dengan jejak XC. Agak malang bagi Naza, basikalnya bocor apabila tiba di puncak untuk memasuki jejak 'roller coaster'. Kami semua tak bawa tiub dan pam kerana menganggap jejak ini dekat saja. Oleh kerana masih awal, Zamani kembali ke keretanya untuk mendapatkan tiub. Bagaimanapun tiub pun dah reput kerana jarang dipakai. Orang Singapura yang baik hati memberikan tiubnya. Dapatlah kami berkayuh semula.
Kami sempat buat 2 pusingan XC dan beberapa pusingan 'roller coaster'. Kira-kira 4 jam juga kami melepak di sini. Omar cedera sedikit di bahu dan betis semasa bermain di 'roller coaster'. Naza pun cedera juga di belakang dan lengan akibat terpelanting semasa menurun. Ada sorang Mat Salleh gemuk cukup hebat melayang di udara dengan basikalnya. Tiada siapa yang dapat mengatasi kehebatannya. Dia juga arkitek yang buat jejak ini.
Aku buat 'slow and steady' saja, brek depan belakang pelan-pelan. Dulu dah pernah ada pengalaman jatuh bermain di jejak buatan manusia begini. Lagipun cedera urat abdomen menahan supaya tidak jatuh minggu lepas masih belum hilang.
Putrajaya kiranya bandar yang dilengkapi dengan infrastruktur untuk riadah, gaya hidup sihat. Ada tempat berbasikal, joging, kayak, ski air, kolam renang, gimnasium. Bagi orang yang bekerja di Putrajaya kemudahan ini boleh digunakan semasa waktu rehat tengahari. Gantikan makanan yang menggemukkan dengan 20 min senaman dan minuman ringan. Tetapi masih belum ramai yang menggunakan kemudahan yang disediakan. Antara taman-taman yang menarik untuk joging ialah sekitar hotel Shangri La, Bukit Wisma Putra, sekitar PICC, dll.

Saturday, January 3, 2009

Basikal untuk dijual

Penerelo saiz 51.5 boleh hubungi Khairi 016-6218501

Jejak Basikal Gunung Presint 5

Lokasi kayuhan: N2 53 22.8 E101 39 54.9

Walaupun dalam hujan renyai aku tetap ingin berkayuh juga walau sekejap kerana sudah terlalu banyak rehat. Aku ingin mencuba jejak baru yang sebahagiannya masih dalam pembinaan iaitu jejak basikal gunung di Presint 5. Jejak ini agak teknikal seumpama TTDI. Bagaimanapun yang menarik- seronok dan takut ialah alunan permukaan seperti 'roller coaster'. Aku hampir terjatuh, walaupun tak luka, urat abdomen terasa sakit. Mungkin abdomen ku akan keras kerana lama dah tak kayuh basikal gunung di laluan sebegini. Walaupun hujan renyai ramai juga pengunjung. Tumpang kayuh bersama kumpulan Perodua dari Batang Kali. Tak berapa ingat nama semua- yang sempat ingat ialah Remi dan Ajis.
PICC dari bukit Presint 5.
Gambar kami diambil oleh seorang pengayuh dari Italy. Khabarnya jejak ini dibina oleh orang putih. Itulah kelebihan orang putih, mereka cukup kreatif dalam kebanyakan hal. Kita ni bangsa yang mengguna sahaja.
Aku kayuh dan berkenalan selama 1jam 20 min kemudian minta diri untuk ke kolam Presint 6. Sempat berenang 20 min di kolam kanak-kanak. Kolam dewasa sedang disenggarakan.
Tengahari pergi kenduri kahwin anak Ustaz Udah di Sg Merab. Syukur alhamdulillah lepas makan, ustaz bagi buku tulisannya yang bertajuk "Mari kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan". Pertama kali dapat hadiah buku lepas makan kenduri. Ustaz Udah cukup tawadhu orangnya yang patut dicontohi. Beliau datang sendiri ke rumah mengundang jemputan. Beliau seorang yang sentiasa sibuk, tidak banyak membuang masa - mengajar, mengkaji dan menulis. Solat jemaah dijaga sepenuhnya. Aku mula belajar agama dengannya sejak 1999. InsyaAllah aku akan baca dan buat ulasan ringkas.

Friday, January 2, 2009

Kayuhan d'Roda Extreme

Semalam 1 Jan 2009 aku ikut kayuh dengan kumpulan d'Roda Extreme. Ramai juga yang ikut lebih dari 100 orang. Antara yang aku ingat nama ialah; Fuad, Cipo, Zamani, Zam. Kereta sokongan dan marshal membantu melicinkan perkayuhan beramai-ramai ini. Penganjur membekalkan air botol dan pisang percuma. Lepas pendaftaran kami mula kayuh kira-kira jam 0830 bermula dari Restoran Yus, Taman Sri Ramal. Memasuki lebuhraya Silk buat pusingan U untuk ke Bandar Baru Bangi melalui Masjid Hasanah, kawasan kilang, Teras Jernang, Bangi Lama, Rinching memasuki Jalan 6'.
Di garis permulaan depan restoran Yus.

Pecutan pertama dibuat sebaik mendaki bukit depan Ladang Ternakan ayam Kentucky dan ianya berlanjutan sehingga 6km (menghampiri Beranang). Di Beranang kami berehat untuk berkumpul semula menunggu yang perlahan. Seterusnya kayuhan diteruskan melalui jalan lama Kajang-Seremban ke arah Mantin. Beluk simpang ke Nilai melalui pekan Nilai lama menuju ke Salak Tinggi dan Pejabat Daerah sepang.
Basikal Ferarri milik Zamani.

Pecutan kedua sejauh 9km dibuat bermula dari bukit depan de Palma Inn sehingga Jenderam Hilir. Di sini lama juga menunggu, selepas 1/2 jam aku minta pulang ke rumah lebih awal.
Seronok juga, kayuhan begini memaksa kita membuat 'interval'. Aku dapat memecut pada jalan rata sehingga 38km/jam untuk beberapa ketika. Yang muda-muda mungkin lebih 40km/jam. Purata kelajuan aku dapat buat 28km/jam untuk kayuhan sejauh 85km. Kayuhan ku telah banyak merosot berbanding 2-3 tahun lepas. Purata terbaik aku pernah buat melalui kayuhan berkumpulan ialah 33km/jam untuk jarak 130km (Bangi-Bagan Lalang-Morib).

Terima kasih kepada penganjur. Semuga restoran Yus (N2 58 50.3 E101 45 22.5) dan kedai basikal Bike Xtreme (N2 58 25.4 E101 46 17.0) lebih maju lagi.