Sunday, November 25, 2012

Tahniah Omar

Semalam Omar telah menerima ijazah Sarjana dalam bidang IT di majlis konvokesyen ke 77 UiTM, Shah Alam. Untuk PhD dan MSc, graduan telah diperkenalkan kepada Yang di Pertuan Agung.





Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah 1434

Konsep wasatiyyah (pertengahan, sederhana) yang dianjurkan oleh kerajaan adalah sangat tepat. Sederhana dalam semua perkara itulah yang terbaik.
Pagi ini aku sambut tahun baru hijrah dengan berenang di pantai cahaya, Port Dickson. Renang bersama Omar, Azmi, Bazli dan OKU. Dapatlah 14 lap x 215m= 3010m.


Wednesday, November 14, 2012

Berenang di tepi pantai

Dapat idea baru untuk latihan renang di tepi pantai. Ianya satu pengalaman menarik. Ia mungkin sesuai di laut yang tenang seperti di pantai barat semenanjung Malaysia. Pilihan bagi ku ialah Bagan Lalang dan Port Dickson mungkin juga Morib. Waktu yang sesuai ialah ketika air pasang. Paras air sekitar dada mungkin memberi lebih keyakinan. Waktu pasang surut boleh dirujuk di laman Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), MOSTI www.met.gov.my
Antara kelebihan renang di laut ialah terasa kesegaran pada mental dan kulit. Ianya percuma kecuali belanja perjalanan ke pantai dan penggunaan tandas awam untuk bilasan dan mandi. Tanpa klorin. Aroma lumpur pantai semulajadi. Kolam paling besar. Tidak sesak walaupun ramai orang.

Friday, November 9, 2012

Jejak Kiara

Antara jejak basikal gunung yang terbaik di Malaysia.


Tuesday, October 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Syazana & Akmal


بارك الله لك، وبارك الله عليك، وجمع بينكما في خير





Sunday, September 30, 2012

Jambori UPM MTB

Alhamdulillah berjaya menamatkan jambori ini dengan jarak laluan 45.6km dalam tempoh sekitar 4jam 19 minit pada kedudukan 461. Ramai juga anak-anak muda keletihan, kerana mereka belum cukup berpengalaman dalam mengawal kayuhan, peminuman dan pemakanan atau latihan yang belum mencukupi. Mereka agak laju dan bersemangat di peringkat awal tetapi kecundang di penghujung dengan masaalah kekejangan otot, keletihan melampau akibat kurang mengambil minum dan makanan yang sesuai.


Semakin merosot nampaknya pencapaianku, menandakan usia sudah meningkat. Latihan tidaklah boleh ditingkatkan lagi malah dikurangkan berdikit-dikit. Bagi yang berumur lebih 50 tahun, latihan berat tidak digalakkan tetapi lebih kepada latihan untuk mengekalkan kesihatan bagi mengelakkan penyakit-penyakit kronik.