Sunday, October 12, 2014
DSV-Bagan Lalang via KLIA2
Buat kayuhan solo dari Salak ke Bagan Lalang melalui ladang sawit sebelah KLIA2. Agak jauh sekitar 80km pergi-balik, tetapi jalannya sunyi dan nyaman.
Tuesday, September 16, 2014
Selamat Hari Malaysia
Cuti hari Malaysia digunakan untuk beriadah. Semalam kayuh dari taman dahlia ke pejabat dan pagi ini joging dan berenang di pantai Bagan Pinang, Port Dickson.
Joging direkpd guna Mapmyrun
Joging direkpd guna Mapmyrun
Saturday, September 13, 2014
Mendaki Angsi
Setelah agak lama tak mendaki, hari ini kembali semula mendaki kerana masih teringat kenangan lama tentang keseronokan dan ketenangan mendaki gunung.
Monday, September 1, 2014
Selfie Merdeka
Semalam bersama anak Omar, Salihah dan menantu Yan dan adiknya berselfie di khemah Yayasan Inovasi Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.
Peluang cuti merdeka pula diambil untuk berenang di pantai cahaya, Port Dickson.
Siling perak yang dijual di KL Gold, KLCC
Beratur untuk berselfie
Peluang cuti merdeka pula diambil untuk berenang di pantai cahaya, Port Dickson.
Sunday, August 31, 2014
Kayuhan Merdeka 57x2
Kayuhan Merdeka 57x2 nama diberi sempena 57 tahun merdeka. 57x2=114km ialah jarak kayuhan yang dibuat dari Salak hingga ke Linggi pergi-balik.
Selfie Merdeka 57
9 pengayuh menyertai acara ini. Seorang meneruskan kayuhan solo ke Bukit China, Melaka setelah kayuh bersama dari Salak. Seorang lagi pula kerosakan basikal setiba di Kg Air Kuning, Rantau (lidi basikal patah menyebabkan rim melelong). Menggunakan kemudahan Whatsapp dan Maps, hubungan dengan keluarganya dapat dibuat dan beliau selamat tiba di rumahnya setelah berkayuh sejauh 57km. Manakala seorang lagi berpisah dengan kami di Port Dickson untuk berjumpa keluarga di hotel Lexis, Lukut. 6 telah berkayuh sepenuhnya 114km. Alhamdulillah semua selamat.
Kayuhan dalam kumpulan dalam 1 @ 2 barisan
Berkumpul semula di Mambau
Kayuhan dalam kesesakan kereta
Semasa pulang kesesakan teruk dari LBJ ke Sepang. Kesian kepada pemandu kereta
Penamat dengan cendul spesial di Salak
Lega selepas kepanasan melampau di Bukit Pelanduk.
Sebagian laluan yang sempat direkod. Bateri jam habis,
Sebagian laluan yang sempat direkod. Bateri jam habis,
Friday, August 22, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)


