Selfie Merdeka 57
9 pengayuh menyertai acara ini. Seorang meneruskan kayuhan solo ke Bukit China, Melaka setelah kayuh bersama dari Salak. Seorang lagi pula kerosakan basikal setiba di Kg Air Kuning, Rantau (lidi basikal patah menyebabkan rim melelong). Menggunakan kemudahan Whatsapp dan Maps, hubungan dengan keluarganya dapat dibuat dan beliau selamat tiba di rumahnya setelah berkayuh sejauh 57km. Manakala seorang lagi berpisah dengan kami di Port Dickson untuk berjumpa keluarga di hotel Lexis, Lukut. 6 telah berkayuh sepenuhnya 114km. Alhamdulillah semua selamat.
Kayuhan dalam kumpulan dalam 1 @ 2 barisan
Berkumpul semula di Mambau
Kayuhan dalam kesesakan kereta
Semasa pulang kesesakan teruk dari LBJ ke Sepang. Kesian kepada pemandu kereta
Penamat dengan cendul spesial di Salak
Lega selepas kepanasan melampau di Bukit Pelanduk.
Sebagian laluan yang sempat direkod. Bateri jam habis,
Sebagian laluan yang sempat direkod. Bateri jam habis,
2 comments:
Sungguh inspiring. Sampai Bukit Cina Melaka memang mantap. Harap2 satu hari nanti saya boleh kayuh dari Bandar Seri Putra ke Bukit Serindit...
Jangan lupa ajak saya sama. Kalau tak sampai, separuh pun jadilah.
Post a Comment