Thursday, February 13, 2014

Riadah menurut Sunnah Nabi saw

Laman-laman berikut menceritakan tentang riadah menurut Islam.

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_atlet_-_cetak_22.10.12_0.pdf
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sukansebahagiancaradakwah/Article
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/208/-3-tertib-bersukan-untuk-wanita
http://www.sinarharian.com.my/rencana/wanita-dan-sukan-menurut-perspektif-islam-1.14684
http://www.jheains.sabah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=671:majlis-penyampaian-hadiah-sukan-tahunan-jheains&catid=122&Itemid=0&lang=en

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim) 

Antara sukan-sukan yang pernah dilakukan atau disuruh oleh Nabi saw ialah berlari, berenang, berkuda, memanah dan bergusti. Sukan berkuda mungkin agak sukar dilakukan oleh kebanyakan orang kerana perbelanjaan yang besar. Mungkin basikal boleh menjadi ganti bagi aktiviti berkuda.

Manakala sukan memancing pula, aku merasa agak ragu kerana kita menggunakan umpan untuk menangkap ikan. Seolah-olah kita menipu ikan. Imam Bukhari tidak mengambil hadis dari perawi yang menipu ayam dengan cara mengumpan makanan untuk menangkapnya.

Sunday, February 9, 2014

Xterramy Teaser

Alhamdulillah selamat menamatkan triathlon off road. 750m berenang di Tasik Putrajaya (20min), Kayuh basikal gunung 33km dan hunggar 5.5km (3jam 46min). Masa keseluruhan sekitar 4jam 10min. Lebih 1900 kalori tenaga digunakan. Degup jantung purata 144 dan degup maksimum 160.



dipetik dari facebook (MKA dan Annas)



Tuesday, February 4, 2014

Latihan Xterramy dan Bekam

Sebagai persediaan bagi menyertai exterramy ahad nanti maka latihan telah bermula sabtu lepas. Hari ini sengaja mengambil cuti untuk latihan dan berbekam.


Titik-titik bekam bagi rawatan paru-paru, jantung, hati dan pinggang



Wednesday, January 22, 2014

Kohort

Pagi ni buat pemeriksaan perubatan melalui program Kohort di HUKM bangunan UMBI. Sebahagian keputusan ujian ialah seperti berikut;

Masuk dalam kategori gemuk, banyak lemak. Itulah sebabnya rasa cukup berat bila beraktiviti. Kalau boleh kurangkan 5 kg pun sudah cukup baik.Macam manakah cara yang mudah?

Sunday, January 12, 2014

PCP2013cp3-4

Hari ini sambung semula PCP2013 yang tak dapat dihabiskan tempoh hari. Kayuh bersama Mka, Marzuki Mustaffa, Muzamfar Zakaria, Noryusran Daud Sairan dan Zamri Zainal. Terima kasih En. MKA terhadap jemputan kayuh. Dari CP3 dan CP4 ialah trek baru PCP. Pendakian memang cukup mencabar. Penurunan jejak tunggal sebelum CP4 cukup menarik. Cuma bila dah berumur ni mata kelabu, tak berani nak laju. Tadi pun terjatuh sebelum CP3. Alhamdulillah tiada cedera parah cuma sedikit lebam di lutut kiri terhantuk dengan batu.



Saturday, January 11, 2014

Tadonamo Ironman Training

Pagi ini seawal jam 0700 sudah berada di Pusat Maritim Putrajya untuk mengikuti program latihan Tadonamo. Dengan bayaran cuma RM20, kami dapat berenang bersama di tasik putrajaya dengan selamatnya. Ada sarapan roti sandwic, power bar, 100+, air sejuk dan pisang. Terima kasih kepada penaja dan penganjur. Kira-kira 160 orang menyertainya. Lepas renang ialah acara bebas individu. Aku sambung kayuh basikal gunung di taman cabaran dan joging sekitar tasik.
dipetik dari fb TADONAMO TRIATHLETE
dipetik dari fb TADONAMO TRIATHLETE
dipetik dari fb TADONAMO TRIATHLETE




Saturday, December 28, 2013

Chi running memanfaatkan kuasa alam semulajadi

Pagi ini aku mencuba teknik berlari yang disebut 'chi running'. Idea ini diperolehi semasa perbincangan dengan rakan renang di pantai Bagan Pinang Port Dickson semasa sesi 'open water swimming' anjuran Aquaputra minggu lepas.
Prinsip asas teknik ini ialah memanfaatkan daya graviti semasa berlari. Ternyata memang laju jika berlari dengan badan sedikit condong ke depan. Walau bagaimanapun pergerakan kaki yang laju akan juga meningkat degupan jantung. Mungkin melalui latihan rentak larian boleh mengawal degupan jantung agar boleh bertahan untuk tempoh yang lama.
Penggunaan kuasa graviti bukan saja pada larian tetapi juga dapat kita manfaatkan dalam kayuhan dan renangan. Ketika mendaki ubah kedudukan badan ke depan dan membuka dada (besarkan paru2). Ketika menurun badan pula ke belakang untuk imbangan yang baik sambil membongkok untuk mengurangkan halangan angin. Dalam renangan pula kita junam kepala dan tangan menjulur ke bawah sekitar 30-45 darjah untuk melancarkan gerakan.