Pagi ini aku mencuba teknik berlari yang disebut 'chi running'. Idea ini diperolehi semasa perbincangan dengan rakan renang di pantai Bagan Pinang Port Dickson semasa sesi 'open water swimming' anjuran Aquaputra minggu lepas.
Prinsip asas teknik ini ialah memanfaatkan daya graviti semasa berlari. Ternyata memang laju jika berlari dengan badan sedikit condong ke depan. Walau bagaimanapun pergerakan kaki yang laju akan juga meningkat degupan jantung. Mungkin melalui latihan rentak larian boleh mengawal degupan jantung agar boleh bertahan untuk tempoh yang lama.
Penggunaan
kuasa graviti bukan saja pada larian tetapi juga dapat kita manfaatkan
dalam kayuhan dan renangan. Ketika mendaki ubah kedudukan badan ke depan
dan membuka dada (besarkan paru2). Ketika menurun badan pula ke
belakang untuk imbangan yang baik sambil membongkok untuk mengurangkan
halangan angin. Dalam renangan pula kita junam kepala dan tangan
menjulur ke bawah sekitar 30-45 darjah untuk melancarkan gerakan.
No comments:
Post a Comment