Monday, May 20, 2013

Klinik Traithlon 2

Taklimat dan tip oleh Mr Chan
Gambar kumpulan

Klinik tri ke 2 telah berlangsung semalam di Avillion, PD. Renang 2 pusingan, joging tepi pantai, kayuh 20km dan joging di jalan 3km.
Tip kali ini lebih kepada kaedah melakukan pemanasan sebelum beraktiviti juga beberapa tip renang. Terima kasih Mr Chan atas tip percuma. Ia telah memberi ilmu baru yang sangat berguna kepada saya. Alhamdulillah dapat peluang belajar dengan pakar (yang benar2 ahli).
Pada hari sabtu berkayuh basikal gunung bersama anak saudara (along) merentasi jalan dan luar jalan sekitar Dengkil, Jenderam dan Nilai Springs sejauh 60km dalam masa 5 jam. Longlai seluruh badan tapi puas.


Sunday, April 28, 2013

Joging sekitar Bandar Hilir

 Pulau Melaka, Bukit Cina, Kota Melaka dan Sg Melaka
 Bukit Cina
 Kota Melaka
 Sg Melaka
Sg Melaka

Sunday, April 21, 2013

Klinik triathlon

Menyertai klinik triathlon pagi ini di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.En. Chan sebagai fasilitator banyak memberi tip hasil pengalaman beliau sebagai triatlet. Aku ditegur oleh En. Chan agar membuka mulut seluasnya semasa mengambil udara agar dada dapat berkembang sebaiknya. InsyaAllah klinik akan datang aku ingin turut serta. Antara yang akan diajar ialah kaedah berlari di jalan rata, mendaki dan menuruni bukit.
 Antara peserta klinik triathlon anjuran TriSportz
Gambar disalin dari mukabuku Triathlon Malaysia

Wednesday, April 3, 2013

Kayuhan Patriotik 1Malaysia

Petang tadi sekitar jam 5:15 ptg satu kayuhan yang dinamakan kayuhan patriotik 1Malaysia bersama Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pada jam 1130 pagi PM telah mengistihar pembubaran parlimen selepas genap 4 tahun beliau menjadi PM. Harapan PM ialah agar PRU13 berjalan dengan aman dan damai. Begitu jugalah harapan ku. PRU13 diharap dapat membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil.
Terima kasih atas khidmat cemerlang PM selama 4 tahun. Dr Chandra Muzafar memberi markah A kepada prestasi Dato' Seri Najib. Beliau telah mewarisi kecermelangan arwah bapanya Tun Abdul Razak

Inilah laluan Cergas yang aku ikuti bersama rakan sepejabat iaitu Suhairy dan Noor Azreen. Turut sama rakan pelatih IAEA dari Sri Lanka. Beliau berpuashati dengan program kayuhan petang ini.
Berjumpa juga dengan kenalan lain seperti Bazooka, Pak Din dan Sri Putra. Ramai juga yang hadir. Dapat T-shirt sehelai seorang. Oleh kerana agak ramai, setengah T-shirt dibaling untuk mempercepatkan pemberian.
 Dari kiri Suhairy, Suresh dan Noor Azreen
 Awal-awal dah bocor, nasib baik bawa pam dan tiub
 Warga Nuklear pun turut serta
 Kayuhan bermula 1720
 Suresh pelatih IAEA dari Sri Lanka ditemani Noor Azreen 
 Suhairy riang berkayuh
Minum sambil menikmati kenyaman tasik Putrajaya selepas kayuh

Monday, March 25, 2013

Swimathon Kapas-Kelulut 2013

Alhamdulillah dengan izin Allah selamat aku menamatkan cabaran berenang di laut sejauh 6.5km yang bermula dari Pulau Kapas dan tamat di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu dengan catatan masa 3 jam 40 minit. Ini merupakan renangan kali kedua setelah agak lama berehat. Pertama kali aku berenang di sini pada tahun 2008. Catatan masa kali ini lambat 1 jam dari dulu.







Keputusan ini sama dengan keputusan ATM triathlon 2011. Aku dapat no. 22 dengan catatan masa yang hampir sama bagi kategori veteran.

Thursday, March 7, 2013

Berbekam lagi...

Setelah lebih 6 bulan aku berbekam lagi pada ahad lepas 3 Mac di Darul Irsyad, seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi. Ini sebagai usaha untuk menjauhkan penyakit-penyakit berat yang mungkin tidak tertanggung oleh diriku. Ya Allah jauhilah aku dari segala dugaan dan ujian yang berat. "Berilah kami kebahagian di dunia dan akhirat dan jauhilah dari azab api neraka".