Sunday, January 13, 2013

Bersenam di Gimnasium

Bila hujan pilihan yang terbaik untuk bersenam ialah di gimnasium.Antara gimnasium rakyat berdekatan ialah Gimnasium 1Malaysia di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Presint 4, Putrajaya.



Thursday, January 3, 2013

Latihan Swimathon

Bersama smart-renang.com kami berenang beramai-ramai di pantai cahaya, port dickson pada 1 Jan 2013. bila ramai kuranglah perasaan gayat dan takut. Gambar berikut dipetik dari FB semart-renang.
 Dari kanan: Ali, Azmi, Bazli, aku dan Hanif


Sabki - perenang tangan kanan!

Air masin yang bersih secara semulajadi tanpa klorin cukup menyegarkan kulit.

Sunday, December 23, 2012

VECT Semarang Ride

Telah menyertai jambori ini yang bermula/tamat di Air Hitam, Johor. Melalui kampung, ladang sawit dan getah sejauh 33km.
Antara laluan menarik ialah tepi tasik
Dapat no 329 dari 500, semakin merosot
Semua check point di lalui

Tahniah diucapkan kepada penganjur VECT Semarang kerana telah berjaya menganjurkan jambori ini dengan cemerlang. Tanda arah yang cukup dan jelas. Mengawal pemberian minuman Redbull dan nasi ayam satu kepada setiap peserta. Pisang dan air yang mencukupi di setiap 'check point'.  Mungkin akan datang tambah laluan sawah padi pula.




Monday, December 17, 2012

Angsi

Lama dah tak daki gunung. Semalam bersama adik ipar dan anak-anak saudara ke Bukit Putus untuk mendaki gunung Angsi. Walaupun sekarang musim hujan, tetapi semalam cuaca cukup baik. Laluan agak lembab dan basah. Ada kesan tanah runtuh dan pokok tumbang. Sampah sarap pun semakin banyak di puncak. Bayaran RM5 seorang telah dikenakan oleh Jabatan Hutan. Sebuah pondok telah dibina di Bukit Putus.  Kami mula mendaki dari Bukit Putus jam 0800 dan tiba di puncak 1020. Selepas makan ringan kami mula turun jam 1040 ikut Hulu Bendul. Banyak hakisan di tebing curam. Kalau dulu terdapat satu tali putih untuk mendaki/menurun tetapi sekarang sudah ada 3 tali untuk 2 lagi cerun yang terhakis. Tiba di Hulu Bendul sekitar 1330. Ramai orang mandi manda di sini. Agak susah untuk parkir kerana kerja-kerja pelebaran jalan dan ubahsuai bangunan restoran.
Profail ketinggian menunjukkan lebih mudah mendaki dari arah Bukit Putus berbanding dengan dari Ulu Bendul. 
 Puncak Angsi
 Sedia untuk menuruni cerun
 Inn
 Li
 Ha
Lina ditemani ayah cik

Sunday, December 9, 2012

PIT 2012

Alhamdulillah berjaya menamatkan PIT 2012 dengan masa 2 jam 20min. Renang 19min, basikal 65min dan lari 50min.Kira-kira 6min masa digunakan semasa transisi.
Walaupun badan agak berat kali ini (4kg lebih dari tahun lepas) tetapi melebihkan latihan larian telah meringankan sedikit kepenatan semasa larian selepas berkayuh.


Keputusan resmi boleh didapati


Sunday, November 25, 2012

Tahniah Omar

Semalam Omar telah menerima ijazah Sarjana dalam bidang IT di majlis konvokesyen ke 77 UiTM, Shah Alam. Untuk PhD dan MSc, graduan telah diperkenalkan kepada Yang di Pertuan Agung.





Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah 1434

Konsep wasatiyyah (pertengahan, sederhana) yang dianjurkan oleh kerajaan adalah sangat tepat. Sederhana dalam semua perkara itulah yang terbaik.
Pagi ini aku sambut tahun baru hijrah dengan berenang di pantai cahaya, Port Dickson. Renang bersama Omar, Azmi, Bazli dan OKU. Dapatlah 14 lap x 215m= 3010m.