Lama dah tak daki gunung. Semalam bersama adik ipar dan anak-anak saudara ke Bukit Putus untuk mendaki gunung Angsi. Walaupun sekarang musim hujan, tetapi semalam cuaca cukup baik. Laluan agak lembab dan basah. Ada kesan tanah runtuh dan pokok tumbang. Sampah sarap pun semakin banyak di puncak. Bayaran RM5 seorang telah dikenakan oleh Jabatan Hutan. Sebuah pondok telah dibina di Bukit Putus. Kami mula mendaki dari Bukit Putus jam 0800 dan tiba di puncak 1020. Selepas makan ringan kami mula turun jam 1040 ikut Hulu Bendul. Banyak hakisan di tebing curam. Kalau dulu terdapat satu tali putih untuk mendaki/menurun tetapi sekarang sudah ada 3 tali untuk 2 lagi cerun yang terhakis. Tiba di Hulu Bendul sekitar 1330. Ramai orang mandi manda di sini. Agak susah untuk parkir kerana kerja-kerja pelebaran jalan dan ubahsuai bangunan restoran.
Profail ketinggian menunjukkan lebih mudah mendaki dari arah Bukit Putus berbanding dengan dari Ulu Bendul.
Puncak Angsi
Sedia untuk menuruni cerun
Inn
Li
Ha
Lina ditemani ayah cik
1 comment:
Hi thanks for shariing this
Post a Comment