Sunday, February 12, 2012

Cabaran Gunung Datuk/Rembau






Bersama Along (anak saudara) menyahut cabaran Gunung Datuk/Rembau/Gagak anjuran Persatuan Kembara Negara. Aku masuk kategori veteran 12km ke Puncak Rembau manakala Along kategori terbuka 16km ke Puncak Rembau dan Gagak. Aku hanya mampu buat 3jam 20min. Laluan agak curam lebih curam dari Angsi tetapi kurang curam berbanding Nuang.
Along dapat membuat catatan yang agak baik 2 jam 30 min. Pendakian gunung ini memberi kelebihan kepada orang kurus dan kecil. Walaupun orang Kenya cukup baik di jalan tetapi bila di bukit mereka juga agak lemah.

Thursday, February 9, 2012

Kayuhan Maulud


Awal minggu ini ada cuti maulud dan thaipusam. Minggu ni juga genap umur ku 56 tahun hijrah. Sudah lebih setengah abad. Adakah sebaya dengan umur kelapa di bawah. Dari 3 pokok, yang satu sudah tidak berdaun - sudah di penghujungnya. Yang dua lagi sudah jarang daunnya. Pokok kelapa boleh mencapai umur sehingga 90 tahun seperti manusia juga.Pokok ini aku temui sekitar Kg Kandok, Labu, N9 semasa berkayuh keliling kampung, kelihatan agak luar biasa tinggi maka aku berhenti mengambil gambar.
Laluan paip gas sekitar Kg Salak Tinggi ini sesuai untuk berkayuh dan joging. Sejuk dan nyaman.

Sunday, January 29, 2012

KPRMTB

Laporan akhbar Kosmo
Kuala Pilah Royal MTB jamboree telah berlangsung semalam. Pergi bersama Hj Zamani, bertolak seawal jam 0500 dari Kg. Salak Tinggi. Kebanyakan laluan jamboree ialah jalan bertar dan sedikit jalan tanah melalui kebun getah, sawah padi dan kampung-kampung. Jarak kayuhan 33km. Masa terbaik aku ialah 2 jam 9 min.
Basikal 29er dengan sepit udang jenis Fox milik Hj Zamani katanya cukup selesa apabila menuruni bukit.
Basikal bersepah di atas jalan selepas jamboree. Menunggu rakan-rakan yang belum tiba atau acara penyampaian hadiah.
Laluan agak hampir dengan kawasan bukit
Angkat basikal ketika merentasi sungai, bimbang air masuk dalam gandar atau bb yang boleh merosakkan.

Sunday, January 1, 2012

UPSI Jamboree 2012

Berjaya menamatkan kayuhan jamboree ini dalam masa 4 jam 26min bagi jarak 46.6km. Seawal jam 5 pagi telah turun dari rumah dan menumpang kereta Hj. Zamani yang dipandu oleh Abang Razak. Solat subuh berjemaah di masjid Jelutong dan tiba di UPSI jam 7:15 pagi seterusnya ke meja pendaftaran untuk mengutip no. plet, T-shirt dan beg. Peserta dilepaskan tepat jam 8:30 pagi.

Awal2 lagi tayar dah bocor. Belakang ialah bukit yang dituju.
Jalan berlumpur yang agak licin. Di peringkat awal masih boleh imbang lagi (gambar disalin dari mukabuku).
Sempat basuh basikal dulu di sungai. Tapi selepas ni masuk lumpur balik (gambar disalin dari mukabuku).

Monday, December 12, 2011

Bekam 4

Hari ini buat lagi bekam bagi menggenapkan 3X bekam selang setiap 1-3 bulan sebelum ini. Setelah buat kali ke 3, darah masih hitam tapi lendir yang sedikit dan lebih cair. Darah disedut 2x sahaja kali ini berbanding sebelum ini 3X. Sebagai langkah pencegahan rasanya bekam di kepala ini mungkin akan dibuat setiap 3-6 bulan. Tukang bekam cakap setiap bulan pun tak apa kerana sedikit darah sahaja dikeluarkan.
Selain itu aku bercadang untuk berurut seluruh badan kerana urat belakang lutut agak tegang apabila berlari terutama ketika mendaki.

Sunday, December 11, 2011

Biathlon 111211

Pagi ini menyertai acara Biathlon di stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Pertama kali menyertai acara ini. Yuran penyertaan cuma RM45 sahaja. Dimulakan dengan acara renang 800m di kolam yang dilepaskan secara berperingkat bagi 40 orang pada satu masa. Kemudian berlari 3 pusingan sekitar stadium negara, merdeka sejauh 7km.
Renang kira sederhana, tak lah perlahan sangat 18 min. yang ke 4 kategori veteran.
Berlari sangat perlahan 51min menduduki tempat ke 11.

Medal penamat yang agak unik dengan tulisan khat Cina di belakang.

Saturday, December 3, 2011

Latihan Biathlon

Hari ini buat latihan persediaan biathlon - renang dan lari. Lari 70 minit (8km) dan renang 20 minit (=800m gaya bebas) di Presint 6.
Seperti yang ramai mengetahui semalam banjir kilat besar di Kajang. Aku sempat berkayuh dengan memakai baju hujan di tepi Sungai Langat untuk melihat keindahan banjir kilat.
Lembu dan kerbau panik tak tahu macam mana nak menyeberang sungai langat untuk pulang ke kandang di seberang sungai.
Ada yang hanyut dibawa arus, tapi mungkin kembali semula ke tebing di bahagian bawah.
Mereka juga ada ketua untuk diikuti
Jambatan besi lama pun tenggelam, ada kesan sampah tersangkut atas jambatan.