Minggu lepas buat 2 pusingan. Cukup penat. Tapi hari ini rasa ada sedikit kekuatan. Besuk insyaAllah buat kayuhan ringan ke kolam presint 6. Kayuh + renang.
Saturday, October 1, 2011
Latihan untuk LIMBC2011
Hari ini buat kayuhan dari rumah ke Taman Cabaran, Putrajaya. Buat 3 pusingan (2 jam). Kayuh pergi-balik 2 jam. Penat juga, rasanya tak bermaya nak kayuh balik rumah. Bagaimanapun semangat mau kuat.
Thursday, September 22, 2011
Hari Bebas Kereta Sedunia
Nampaknya hari bebas kereta sedunia hari ini tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia. Aku bertanya rakan sepejabat. Mereka tidak tahu pun. Aku pun kebetulan mendengar berita di TV semalam. Mungkin 2020 kot?.Aku menyambut hari ini dengan mengayuh basikal ke pejabat. Polis Johor juga menyokong program ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Laluan luar jalan ke pejabat aku memang mencabar dan menyeronokkan. Sesuai untuk latihan basikal gunung. Walaupun tidak teknikal tetapi rasanya ia memadai untuk latihan kekuatan fizikal. Bermula dari rumah aku berkayuh di bahu jalan, merentasi bulatan NIOSH yang amat sibuk, melalui kawasan perumahan, menyusuri Sungai Langat, melintasi simpang lampu isyarat Teras Jernang, kembali menyusuri Sg Langat, memasuki ladang sawit yang berbukit dan akhir sekali pintu masuk pejabat. Masa terpantas 40 minit dan terperlahan 50 minit dengan jarak 9.6km.
Sunday, September 18, 2011
Bekam 3
Saturday, September 17, 2011
Jamboree Basikal Gunung UKM
Omar (gambar disalin dari Faisal Awang)
Abu Omar (gambar disalin dari Faisal Awang)
Zamani (gambar disalin dari Faisal Awang)




Tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menguruskan jamboree ini yang kebanyakan terdiri dari pelajar UKM. Rasanya lebih 50% ialah pelajar wanita dengan pakaian sopan bertudung. Zamani dapat no.2, aku no. 31 (kategori veteran >40th), Omar no. 16 (kategori pelajar IPT).
Abu Omar (gambar disalin dari Faisal Awang)
Zamani (gambar disalin dari Faisal Awang)



Tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menguruskan jamboree ini yang kebanyakan terdiri dari pelajar UKM. Rasanya lebih 50% ialah pelajar wanita dengan pakaian sopan bertudung. Zamani dapat no.2, aku no. 31 (kategori veteran >40th), Omar no. 16 (kategori pelajar IPT).
Sunday, September 11, 2011
Gunung Datuk 2
Sunday, September 4, 2011
Selamat Pengantin Baru
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya Eidulfitri 1432
Subscribe to:
Posts (Atom)

