Thursday, September 22, 2011

Hari Bebas Kereta Sedunia

Nampaknya hari bebas kereta sedunia hari ini tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia. Aku bertanya rakan sepejabat. Mereka tidak tahu pun. Aku pun kebetulan mendengar berita di TV semalam. Mungkin 2020 kot?.
Aku menyambut hari ini dengan mengayuh basikal ke pejabat. Polis Johor juga menyokong program ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Laluan luar jalan ke pejabat aku memang mencabar dan menyeronokkan. Sesuai untuk latihan basikal gunung. Walaupun tidak teknikal tetapi rasanya ia memadai untuk latihan kekuatan fizikal. Bermula dari rumah aku berkayuh di bahu jalan, merentasi bulatan NIOSH yang amat sibuk, melalui kawasan perumahan, menyusuri Sungai Langat, melintasi simpang lampu isyarat Teras Jernang, kembali menyusuri Sg Langat, memasuki ladang sawit yang berbukit dan akhir sekali pintu masuk pejabat. Masa terpantas 40 minit dan terperlahan 50 minit dengan jarak 9.6km.

No comments: