Minggu lepas (khamis) presiden AKRAB Nuklear Malaysia telah menjemput saya memberi ceramah pada program bicara AKRAB selama 1 jam dengan tajuk Gaya Hidup Sihat. Alhamdulillah dengan bantuan Omar, slaid ini dapat disiapkan dan disampaikan.
Gaya hidup sihat ialah amalan yang berterusan (istiqamah) dari sudut permakanan, latihan fizikal dan rohani. Pepatah Arab menyebutkan aqal yang sejahtera terbina dari badan yang sihat. Maksud hadis juga - orang yang beriman yang kuat lebih disukai Allah.
No comments:
Post a Comment