Pada 25-28 Mac mengikuti Latihan Kerja Berpasukan program eksplorasi Gua Wang Burma dan Kelam di Perlis anjuran Kelab Nuklear Malaysia. Bertolak dari Nuklear Malaysia 25 Mar jam 2300. Tiba pagi di lokasi perkhemahan Taman Negeri Perlis. Selepas memasang khemah, makan tengahari dan solat, pendakian ke Gua Wang Burma bermula. Eksplorasi gua mengambil masa kira-kira 3 jam. Terdapat kalimah Allah dalam gua ini.
Hari berikutnya pula, kembara Gua Kelam. Gua Kelam terkenal dengan gua perlombongan bijih timah pada masa dulu bermula seawal tahun 1850.
No comments:
Post a Comment