Saturday, December 28, 2013

Chi running memanfaatkan kuasa alam semulajadi

Pagi ini aku mencuba teknik berlari yang disebut 'chi running'. Idea ini diperolehi semasa perbincangan dengan rakan renang di pantai Bagan Pinang Port Dickson semasa sesi 'open water swimming' anjuran Aquaputra minggu lepas.
Prinsip asas teknik ini ialah memanfaatkan daya graviti semasa berlari. Ternyata memang laju jika berlari dengan badan sedikit condong ke depan. Walau bagaimanapun pergerakan kaki yang laju akan juga meningkat degupan jantung. Mungkin melalui latihan rentak larian boleh mengawal degupan jantung agar boleh bertahan untuk tempoh yang lama.
Penggunaan kuasa graviti bukan saja pada larian tetapi juga dapat kita manfaatkan dalam kayuhan dan renangan. Ketika mendaki ubah kedudukan badan ke depan dan membuka dada (besarkan paru2). Ketika menurun badan pula ke belakang untuk imbangan yang baik sambil membongkok untuk mengurangkan halangan angin. Dalam renangan pula kita junam kepala dan tangan menjulur ke bawah sekitar 30-45 darjah untuk melancarkan gerakan.


Sunday, December 22, 2013

Cabaran Basikal Gunung Jelebu


Gambar diambil oleh Pak Din. Dapat no 54 kategori veteran dan no 245 keseluruhan.

Open water swimming di pantai Bagan Pinang, PD bersama along anjuran Aquaputra.

Wednesday, December 11, 2013

Kayuhan 111213

Bersama Ibrahim, Rahman, Awang, Sarrafian, dll berkayuh ke Bukit Jugra dari Putrajaya.








Monday, December 9, 2013

PCC & EE Run 2013

Minggu lepas agak padat. 2-6 dis berkursus ISO17043 di Shah Alam sepenuh masa tepat 0900 hingga 1700 setiap hari kecuali jumaat dapat balik sedikit awal 1630 kerana ada peperiksaan. 7 dis menyertai EE run 2013 anjuran Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya. 8 dis pula ikut PCC Specialised di Semenyih. Kenduri kawin pun kena hadir juga.



 
Wall climbing yang menyeksa dan mendebarkan
Menuruni cerun curam
 Mendaki Bukit Botak, 304m
EE run-bersama Dr Mahmood pelari veteran Nuklear Malaysia
EE run - peserta Nuklear Malaysia
 Bersama Dr Ridzuan Tee
Kenduri kawin anak Datuk Rozimi
Trek joging Bandaraya Shah Alam
Nasi lemak Pak Ayob, Seksyen 20, Shah Alam