Friday, February 11, 2011

Indahnya ciptaan Ilahi





Di atas ialah pemandangan sekitar rumah dan pejabat ku yang kebetulan berada di tepi hutan. Tepi rumah boleh melihat haiwan kecil, semut, serangga, belalang, ikan, kucing. Di pejabat banyak ayam hutan dan berbagai spesis burung. Sarang tempua pun ada. Rupanya tempua akan meninggalkan sarang lama dan membuat yang baru.

Awal minggu ini aku asyik demam. Ada orang kata demam secupak. Walaupun demam tapi masih berselera makan. Iaitu demam selsema. Mungkin cuaca yang sekejap hujan sekejap panas. Yang herannya demam ini hilang bila aku aktif, berpeluh. Ubatnya mudah, minum sup ketam, insyaAllah baik. Ketam mungkin mengandungi banyak bakteria yang boleh melawan virus selsema. Khabarnya ia mujarab juga untuk pesakit denggi.

No comments: