Saturday, December 25, 2010

Gunung Telapa Buruk

Jalan ke puncak Telapa Buruk. Kami mula berjalan dari aras ketinggian 950m.


Puncak Telapa Buruk ialah stesen pemancar gelombang mikro. Cuaca sejuk dan berkabus.
Suasana sekitaran menyegarkan semua deria mata, telinga dan pernafasan dengan bau pokok hutan yang berbagai. Aromatherapy semulajadi.
Puncak ialah pada ketinggian 1190m dari aras laut.
Mungkin kayuh ke puncak dari Jeram Toi menarik. Jarak dari Jeram Toi ke puncak 13km. Lepas kayuh mandi di jeram.

4 comments:

Nakemah San said...

salam. tumpang tanya, caner nak start daki gunung telapa buruk ni ek? member cakap xjumpa tempat nak start daki...

abuomar said...

salam,
kami hanya daki ikut jalan tar. jalan masuk ialah simpang kat papan tanda Jelebu. Jejak hutan (off road) khabarnya bermula di jeram toi tapi jarang digunakan.

kenoi said...

assalamualaikum tuan.
tahniah krn smpi di puncak TB. ya saya ada dengar trail TB via Jeram Toi, cuma maklumat selanjutnya gagal dicari dr sumber internet & rakan pendaki lain.
Saya juga ada plan naik TB via jalan tar, soalan saya:

1. anggaran masa jika mula mendaki (jalan kaki) dr bawah ke puncak dan jaraknya dalam kilometer
2. boleh ke bergambar depan kem tuh? abang askar tak halang ke? sebab kami tidak dibenarkan bergambar di Bkt Tampin (tapi kami curi² bergambar juga..hehe)

~info drpd pihak tuan amat berguna dan didahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

kenoi
S2

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
hari tu kami berjalan dari aras ketinggian 950m, 2jam pergi-balik. kalau dari bawah rasanya 6jam.
kami bergambar je depan gate. askar tengok je tak kata apa. tapi tempatnya kawasan keselamatan tinggi sebab ada stesen pemancar TV dan radio.