Friday, December 31, 2010

Joging di Kg Salang


Alhamdulillah setelah 2 hari demam, hari ini dapat mula joging ringan sekitar Kg Salang.

Tuesday, December 28, 2010

Taman Universiti Skudai


Petang semalam dan pagi ini sempat joging sekitar Taman Universiti, Skudai. Hanya sempat joging di tepi jalan yang agak sibuk dan memasuki UTM.
Kandang rusa UTM Skudai
Sahabat lama (tahun 1 UKM Limauan, 1976) sambil minum di restoran Yus, Sg Ramal, Bangi.

Sunday, December 26, 2010

Taman Teknologi-UKM

Kayuh bersama Faizal Matta dan Omar di ladang sawit belakang Taman Universiti/UKM.

Saturday, December 25, 2010

Gunung Telapa Buruk

Jalan ke puncak Telapa Buruk. Kami mula berjalan dari aras ketinggian 950m.


Puncak Telapa Buruk ialah stesen pemancar gelombang mikro. Cuaca sejuk dan berkabus.
Suasana sekitaran menyegarkan semua deria mata, telinga dan pernafasan dengan bau pokok hutan yang berbagai. Aromatherapy semulajadi.
Puncak ialah pada ketinggian 1190m dari aras laut.
Mungkin kayuh ke puncak dari Jeram Toi menarik. Jarak dari Jeram Toi ke puncak 13km. Lepas kayuh mandi di jeram.

Sunday, December 19, 2010

Angsi

Hari ini mendaki bersama isteri setelah lebih setahun tak mendaki. Jalan sedikit becak dan licin kerana hujan. Jika dibanding dengan Nuang, Angsi agak lebih kering.


Ular hijau di dahan
Kami hanya makan biskut sahaja di puncak angsi

Saturday, December 18, 2010

Ladang Sawit UKM



Ini sebahagian jejak basikal ladang sawit di belakang UKM.

Sunday, December 12, 2010

JKLM10

Minggu ini ikut serta Jamboree Basikal Gunung di Kuala Linggi Melaka. Bayar RM50 dapat jersey. Tol RM15.80 pergi-balik. Jam 0515 bertolak dari Bangi ke KUIM, Kuala Linggi. Tiba 0630 solat subuh. 0700 daftar. 0830 peserta dilepaskan. Ketua Menteri mengiringi peserat hingga ke Sungai Baru. Perlumbaan bermula. Jumlah jarak kayuhan 52km untuk tempoh 3 jam 15min kira-kira 50 min di belakang peserta pertama. No. 1 Anuar Manan, No 2 & 3 kawannya (tak kenal) dan No. 4 Shahrum (Awe). Aku dapat no. 120. Laluan lebar, tar dan tanah merah, ada bukit, akar getah dan berlumpur.




Bergambar dengan pelumba negara Anuar Manan dan rakan-rakan.
Kami gilir tarik menarik di hujung perjalanan. Masing-masing dah keletihan.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

1 Muharam 1432 - Selamat tahun baru semuga kita terus dapat beramal baik. Masih lagi terkenang ayah yang sudah hampir 2 minggu meninggal. Terkenang semasa kecil ayah yang suka juga bermain-main dengan anak. Pernah ayah buatkan wau untuk ku dan bermain sama, pernah sama-sama menangkap ikan di sawah, memotong padi, makan nasi bungkus di tepi bendang, hisap rokok daun. Setelah aku kahwin, bila dia datang ke Bangi, kami sering ke kedai mamak, makan roti canai, ke kedai makan sup tulang kegemarannya. Dia suka manis dan masin-puas ku memujuk agar mengurangkan manis/masin tapi tak dihiraukan. Pernah di akhir hayat beliau minta air 100+ dari adik yang tak dapat memahami maksudnya. Beliau sebutkan air gelang dua yang pernah aku belikan untuknya.

Ya Allah ampuni dan rahmati ayah dan ibu ku. "Allahumma firlahum warhamhum wa'afihin wa'fuanhum". Rabbi firli waliwa lidayya.

Pagi ini sempat berkayuh dengan kumpulan kayuh dari Bandar Seri Putera.




Bergambar di puncak bukit. Lagi gambar boleh dilihat http://www.facebook.com/profile.php?id=1197147023

Sunday, December 5, 2010

BJJ10

Peta bagi Bernam Jaya Jamboree 2010.
Peserta dilepaskan tepat jam 0830. Purata degup jantung 143, degup maksimum 169. Jarak kayuhan 43km. Tempuh 3 jam 3 min.
Kelajuan purata 14km/jam.
Kedudukan no. 192
Tempat mula/tamat atas jambatan berhampiran tol keluar ke Tanjung Malim/Ulu Bernam.
Sarapan dan makan tengahari disediakan.