Sunday, November 28, 2010

Kayuhan berkabung

Setelah 5 hari ayah meninggal, aku mula berkayuh dengan sdr abdul rahman ke bagan lalang. Ayah telah kembali ke rahmatullah pada rabu 17 Zulhijjah 1431 (24 Nov 2010) jam 0845 pada umur 81 tahun hijrah (78 tahun masehi). Ayah lahir 17 Rajab 1350 (27 Nov 1931). Semuga Allah mengampuni, memaafi dan merahmatinya. Amin...Ayah mula tidak sehat kira-kira 2 bulan sebelumnya (memerlukan bantuan untuk makan, minum, pakai, dll) dan 2 minggu sebelumnya benar-benar tidak sihat iaitu tidak dapat menelan makanan atau minuman.
Alhamdulillah kami 9 adik beradik saling membantu di saat ayah memerlukan. Berikut jadual giliran menjaga ayah yang telah kita aturkan;
20-26 Sep : Abang Pa
27 Sep- 3 Okt : Kak Semat
4 -10 Okt: Man
11-17 Okt: Na
18-24 Okt: Ni
25-31 Okt: Zi
1-7 Nov: Yi
8-14 Nov: Ma
15-21 Nov: Za, Zi, Ni, Na, Yi
21-23 Nov: Za, Zi
24 Nov: Za, ayah menghembuskan nafas terakhir di depan Za di hospital Pasir Puteh jam 0845.

Mewakili keluarga arwah (gemulah), saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kg Saring yang telah menguruskan jenazah dan menyertai majlis tahlil (ngatik) selama 3 malam terutama kepada Tok Imam Ku Razali. Ucapan terima kasih juga kepada yang mengucapkan takziah kepada kami dan doa kepada arwah. Andaikata ayah saya mempunyai hutang mohon dituntut kepada saya atau adik beradik saya.
Abdul Rahman di depanku cuba untuk kekalkan kelajuan lebih 30km/jam.
Jarak kayuhan pagi ini ialah 102km untuk tempuh 3 jam 50 min. Purata kelajuan 26km/jam. Purata degupan jantung 130, degup maksimum 157. Jumlah kalori 3300.

Friday, November 19, 2010

Kumpulan Basikal Pasir Puteh

Bergambar dengan sebahagian kumpulan basikal Pasir Puteh sebelum berkayuh ke Tok Bali. Kebanyakannya terdiri dari para pendidik.
Berkayuh ke Tok Bali.
Peta laluan kayuhan hari ini (Raya ke 3, 12 Zulhijjah).

Raya ke 4 (akhir), kayuh bersama kumpulan masjid Ibrahim ke Jeram Linang. Kat sini orang masjid dan ustaz pun kayuh basikal.

14 Zulhijjah - joging ke Cherang Tuli/Padang Pak Amat.


Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Eiduladha


Selamat menyambut hari raya kepada semua rakan kayuh dan pembaca blog ini. Pagi ini aku sembahyang sunat Eiduladha di masjid Kampong Saring. Jemaah tak lah seramai sembahyang sunat Eidulfitri. Lepas sembahyang kebanyakan orang sibuk ke tempat korban. Rasanya hendak kayuh sekejap keliling kampung. Ayah pun dah tidur selepas mandi dan minum sedikit susu.
Kayuhan hari ini: Huma-Cherang Tuli-Telipot-Jeram Pasu-Pdg Pak Amat-P.Puteh-Huma.

Raya ke 2, rasa tak sedap badan, berat kepala mungkin banyak sangat makan daing kurban. Setelah berjalan dan joging sebelah petang baru terasa lega.

Tuesday, November 16, 2010

Gong Jelor



Pagi ini kayuh basikal jalan: Huma Kapas-Merkang-Gong Jelor-Gedombak-P.Puteh-Huma Kapas = 21.6km= 1jam. Laluan rata, sawah padi.

Sunday, November 14, 2010

PCP Race

Hari ini lumba basikal gunung XC di Taman Cabaran, Putrajaya. Aku masuk kategori veteren (lebih 40 th) dan mula dilepaskan jam 9:12 pagi. Ramai juga dalam kategori ni lebih 50. Yang pro pun ikut serta termasuk beberapa orang putih. Alhamdulillah aku berjaya menamatkannya 3 pusingan dalam tempoh 1 jam 28 min kira-kira 30 min dibelakang juara. Juara ialah Fendi, kedua Pat dan ketiga orang putih. Ketiga2 mereka ini telah memotong aku masa hujung pusingan ke 2.
Agak tinggi juga degup jantung ku dengan purata 149. Masuk pusingan ke 3 aku semakin lemah, sudah banyak menolak.
Inilah basikal fulsus yang digunakan. Walaupun agak berat tapi lebih menyakinkan masa menuruni bukit.

Sabtu - sambil mendaftar XC aku buat recce jejak XC, lepas tu tengok sekejap acara downhill.
Permulaan
Pertengahan
Profil degup jantung semasa kayuh atas trainer.

Friday, November 5, 2010

Kayuhan Depavali

Cuti depavali dihabiskan dengan bermain. Awal pagi kayuh basikal gunung di Taman Cabaran Putrajaya. Buat 3 pusingan (1 jam 48min), kemudian masuk kolam di Presint 6, renang kuak dada, gaya bebas dan kupu2 1000m (25min). Petang kul 4 main badminton pula di komplek sukan Bangi.
Sabtu- main badminton pagi dan petang. Profil degup jantung main badminton dan kayuh di Taman Cabaran hampir sama.
Semasa berseminar di Cititel 3 Nov sempat joging sepanjang Jalan Pantai Baru. Banyak kenangan lama di jalan ini.