Tuesday, September 21, 2010

Aksesori basikal

Sabtu lalu, rakan kayuh Ridwan Abu Jais telah menghadiahkan kepada aku sepasang ole-ole dari Bandung, iaitu pengikat kaki seluar. Katanya ia adalah produk rakannya di Bandung. Kebetulan aku sedang mencarinya, terima kasih banyak-banyak pak ridwan. Ianya cukup berguna buat ku semasa berkayuh ke pejabat. Hari ini aku mula memakainya, selesa dan nampak kemas.
Inilah dia barangnya yang dibawa dari Bandung siap dengan pemantul cahaya, mudah memakai dan membukanya, tak perlu buka kasut.Sebelum ini aku menggunakan getah urat (gelang) untuk mengikat kaki seluar panjang semasa kayuh ke pejabat. Susah sikit memakai/membukanya (kena buka kasut terlebih dahulu), tak kemas dan kadang-kadang terputus.

2 comments:

akudanbasikal said...

salam..ada lebih tak.... bagi la kengkawan satu...kita pun nak gak..

abuomar said...

waalaikum mussalam,
sy ada satu pasang saja. mungkin kalau ramai yang minat boleh saya pesan dengan pak ridwan bila dia balik bandung. raya haji ni katanya nak pulang ke bandung.